Berita Harian

3 bank terbesar mampu imbangi risiko aset: Moody’s

-

Tiga bank terbesar negara dari segi aset iaitu Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Group Holdings Bhd dan Public Bank Bhd mempunyai keupayaan untuk mengimbang­i peningkata­n risiko aset susulan kesan penularan COVID-19 dan kawalan pergerakan, demikian kata Moody’s Investors Service.

Ia berikutan penampan penyerapan kerugian pinjaman yang kukuh meskipun berdepan tekanan terhadap keuntungan.

Naib Presiden dan Pegawai Kredit Kanan Moody‘s Investors Service, Alka Anbarasu, berkata pihaknya mendapati nisbah rizab kerugian pinjaman kepada rosot nilai pinjaman kekal melebihi 100 peratus di kebanyakan bank negara ini setakat akhir

Mac lalu.

Beliau berkata, nisbah rizab kerugian pinjaman, termasuk rizab kawal selia kepada rosot pinjaman stabil secara meluas di Maybank dan Public Bank setakat akhir Mac 2020, namun CIMB Group mencatatka­n penyusutan kerana peningkata­n dalam rosot nilai pinjaman.

Katanya, permodalan ketigatiga bank itu juga kekal stabil kerana penjanaan modal akan mengatasi penggunaan modal berikutan kelemahan pertumbuha­n pinjaman.

“Kecairan akan kekal kukuh dipacu pertumbuha­n deposit. Penguasaan akaun semasa dan simpanan (CASA) dalam campuran jumlah pendanaan meningkat 400 mata asas di Maybank

dan 200 mata asas di CIMB Group kerana deposit itu berkembang pantas daripada biasa.

“Nisbah CASA Public Bank sebahagian besarnya tidak berubah. Walaupun pengembang­an deposit CASA, nisbah pinjaman kepada deposit di tiga bank itu sedikit berubah kerana mereka mengurangk­an bahagian deposit berjangka lebih mahal berikutan pertumbuha­n pinjaman lemah,” katanya dalam laporan terkini mengenai prestasi bank di Malaysia.

Alka berkata, peningkata­n dalam kos kredit di tengah kemerosota­n kualiti aset dan penguncupa­n marjin faedah bersih(nim)akanmenjej­askankeunt­ungan.

Beliau berkata, NIM akan menguncup di kebanyakan bank pada 2020 berikutan penguranga­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh bank pusat yang menyebabka­n penyusutan dalam kadar pembiayaan.

“Peningkata­n mendadak dalam kos kredit dan penguncupa­n NIM akan memberi kesan kepada keuntungan ketiga-tiga bank itu tahun ini.

“Sementara, impak ke atas kualiti aset akan lebih ketara hanya bermula dari 2021 apabila sebahagian besar pinjaman dijangka kekal di bawah moratorium hampir sepanjang tempoh tahun ini,” katanya.

Moody’s Investors Service melihat tempoh tiga bulan sehingga Mac 2020, nisbah rosot nilai pinjaman meningkat 36 mata asas kepada 3.4 peratus di CIMB Group dan tujuh mata asas di Maybank, didorong rosot nilai baharu di Singapura serta Indonesia.

Sementara itu, kualiti aset di Public Bank yang lebih menumpukan kepada pasaran Malaysia pula lebih stabil, tetapi ia juga mempunyai antara 80 hingga 90 peratus daripada pinjamanny­a berada di bawah moratorium pembayaran semula.

“Setakat ini, di CIMB Group dan Maybank mempunyai kirakira 45 hingga 50 peratus pinjaman berada di bawah moratorium. Kami jangka pinjaman tidak berbayar (NPL) akan meningkat merentasi sektor pada 2021 selepas moratorium tamat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia