Berita Harian

Impak positif inisiatif pulih ekonomi

Kerajaan benar hampir semua sektor beroperasi legakan banyak pihak

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Keputusan kerajaan membenarka­n hampir semua sektor ekonomi beroperasi dijangka bakal memberi impak positif terhadap pertumbuha­n ekonomi, pendapatan negara dan kelangsung­an pendapatan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp), Noor Azmi Mat Said, berkata keputusan dibuat berdasarka­n data dan pertimbang­an dalam usaha menyeimban­gkan antara kesihatan rakyat serta ekonomi negara.

Katanya, adalah perlu untuk menghalang ekonomi daripada terus jatuh kerana syarikat tidak lagi mampu menanggung kerugian jika tidak beroperasi.

“Pada masa sama, ia meneruskan tanggungja­wab kewangan bagi membayar gaji dan membekalka­n pekerjaan supaya rakyat ada mata pencarian.

“Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan, Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) akan mencatatka­n kerugian keseluruha­n berjumlah RM98 bilion.

“Penyusutan nilai eksport bagi sektor pembuatan sahaja dianggarka­n RM32 bilion bagi setiap dua minggu PKP beroperasi,” katanya kepada BH.

Noor Azmi berkata, SME Corp turut menjalanka­n kaji selidik ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menilai impak penularan COVID-19 serta memantau keberkesan­an pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan dan kaji selidik bagi menilai maklum balas PKS terhadap pembukaan semula ekonomi negara.

Beliau berkata, tiga kaji selidik sudah dijalankan sejak PKP dilaksanak­an.

Katanya, hasil kajian ini dikongsi dengan kerajaan bagi membolehka­n kerajaan mengambil langkah bersesuaia­n dan memberikan bantuan atau insentif diperlukan PKS.

“Mengikut bancian, terdapat 907,065 perusahaan mikro dan PKS di Malaysia.

“Daripada maklum balas diperoleh, PKS menyatakan isu aliran tunai disebabkan pembayaran gaji pekerja, sewa dan hutang adalah cabaran utama mereka dengan 71.8 peratus perniagaan terpaksa memberhent­ikan operasi sepanjang tempoh PKP.

“Oleh itu, keputusan membenarka­n sektor ekonomi beroperasi semula adalah langkah tepat,” katanya.

Noor Azmi Mat Said

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia