Berita Harian

Penggunaan elektrik industri mulai meningkat

-

Penggunaan tenaga elektrik dalam sektor komersial dan industri di Semenanjun­g mula menunjukka­n petanda pemulihan.

Ia seiring pembukaan semula ekonomi secara berperingk­at susulan kelonggara­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Bhd (TNB), Megat Jalaluddin Megat Hassan, berkata penggunaan elektrik dalam sektor komersial dan industri sebelum ini mencatatka­n penurunan antara 30 peratus dan 50 peratus ketika PKP dilaksanak­an.

“Secara purata, keseluruha­n penggunaan sebenarnya menurun antara 25 hingga 50 peratus, namun seminggu dua ini, kami dapati ada sedikit peningkata­n kerana sektor komersial banyak beroperasi,” katanya ketika ditemubual pada Program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM di Kuala Lumpur, semalam.

Sebaliknya pula, Megat Jalaluddin berkata, sektor kediaman merekodkan peningkata­n sebanyak 20 dan 50 peratus ketika PKP memandangk­an kebanyakan orang mula bekerja dari

Sekiranya ada yang tertunggak, kita akan beri opsyen (pilihan) kepada pelanggan untuk selesaikan bil bulanan sehingga Disember 2020 dan pada masa sama, bayar bil semasa untuk meringanka­n beban mereka.

rumah dan isi rumah tidak keluar bagi mematuhi arahan.

“Kalau kita lihat dari sektor kediaman, ramai yang tinggal di rumah dan sebahagian bekerja dari rumah. Anak-anak juga ada di rumah, jadi memang ada peningkata­n penggunaan di rumah dan Ramadan menyebabka­n aktiviti di rumah juga bertambah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, TNB memperkena­lkan skim bayaran mudah untuk pelanggann­ya dengan memberi pilihan kepada mereka untuk menjelaska­n bil tertunggak semasa PKP secara ansuran sehingga Disember tahun ini.

“Sekiranya ada yang tertunggak, kita akan beri opsyen (pilihan) kepada pelanggan untuk selesaikan bil bulanan sehingga Disember 2020 dan pada masa sama, bayar bil semasa untuk meringanka­n beban mereka,” katanya.

Megat Jamaluddin berkata, skim ini diberikan secara automatik kepada 7.5 juta pengguna kediaman yang akan dipaparkan pada bil bulanan elektrik mereka.

“Pengguna boleh memilih untuk membayar ansuran bulanan ataupun membuat bayaran penuh. Kita tidak kenakan surcaj kepada bayaran ansuran ini,” tambahnya.

Megat Jalaluddin Megat Hassan, Ketua Pegawai Runcit TNB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia