Berita Harian

Dego Ride tawar khidmat hantar makanan, barang

Usaha syarikat selamat ‘rider’ hilang sumber pendapatan akibat PKP

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Dego Malaysia Sdn Bhd (Dego), pengendali e-hailing Dego Ride yang sebelum ini dirancang untuk menghantar pelanggan dengan membonceng motosikal, kini menawarkan khidmat penghantar­an makanan dan barangan.

Ia susulan langkah syarikat itu menghentik­an khidmat teksi motosikal buat sementara susulan garis panduan penjarakan sosial yang perlu diikuti seperti mana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Nabil Feisal Bamadhaj, berkata pengenalan perkhidmat­an baharu itu selaras usaha syarikat menyelamat penunggang atau ‘rider’ daripada tiada pendapatan.

“Ya. Kami mempelbaga­ikan perkhidmat­an dari teksi motosikal kepada penghantar­an makanan dan barangan.

“Semuanya sudah bermula di mana kami bekerjasam­a dengan pelbagai vendor di dalam kawasan Lembah Klang.

“Ini masa terbaik kepada vendor untuk mendaftar dengan kami. Dego akan memasarkan dan mengiklank­an vendor kami menerusi aplikasi Dego,” katanya ketika

Dego akan memasarkan dan mengiklank­an

Kami bernasib baik, di waktu kami kehilangan ‘punca pendapatan,’ perkhidmat­an ‘personal shopper’ dan penghantar­an makanan menjadi satu kebiasaan baharu untuk orang ramai.

Nabil Feisal Bamadhaj, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride

dihubungi BH baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nabil berkata, perkhidmat­an teksi motosikal Dego Ride terjejas dengan normal baharu seperti mana kebanyakan perniagaan lain.

“Perkhidmat­an utama kami sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pengangkut­an awam menggunaka­n motosikal. Dengan penjarakan sosial satu hingga dua meter, mana mungkin ia boleh dilaksanak­an.

“Kami bernasib baik, di waktu kami kehilangan ‘punca pendapatan’, perkhidmat­an ‘personal shopper’ dan penghantar­an makanan menjadi satu kebiasaan baharu untuk orang ramai.

“Jadi dengan ini, Dego dapatlah membantu penunggang kami menjana pendapatan yang lumayan dan membantu memenuhi keperluan harian pelanggan,” katanya.

Ketika ini, Dego memiliki lebih 5,000 penunggang dengan 90 peratus di Kuala Lumpur, terdiri daripada lelaki.

Dego Ride menawarkan perkhidmat­an teksi motosikal di sekitar Lembah Klang dengan jarak perkhidmat­an adalah 10 kilometer (km) ke bawah dan caj adalah RM1 setiap 1km.

Nabil berkata, selepas krisis COVID-19 berakhir, Dego menyasarka­n meningkatk­an penyertaan rider wanita dengan nisbah 40:60 berbanding lelaki untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia kepada perkhidmat­an teksi motosikal.

“Sebagai rider dengan Dego, mereka dapat menjana pendapatan sampingan atau penuh dengan menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an makanan, barangan dan pengangkut­an kepada pelanggan kami,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat yang diterima jarak 10km tidak memadai untuk segelintir pelanggan kami yang ingin menggunaka­n perkhidmat­an kami pada waktu puncak.

“Perkara ini kami kongsikan dengan Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MOT) menerusi pertemuan setiap bulan. Ia akan menjadi asas perbincang­an dan cadangan kepada pihak berkenaan.

Nabil berkata, Dego bercadang mengembang­kan operasi di luar Lembah Klang pada masa depan.

“Ia tertakluk kepada data yang diperoleh melalui pendaftara­n kami, permintaan penunggang dan pelanggan kami,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Dego. vendor menerusi aplikasi
(Foto hiasan) Dego. vendor menerusi aplikasi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia