Berita Harian

518 kes baharu di Singapura

-

Singapura: Data awal Singapura mengesahka­n sejumlah 518 lagi jangkitan COVID-19 semalam dengan hanya tiga daripadany­a adalah dalam kalangan komuniti tempatan yang menjadikan jumlah keseluruha­n kes di republik itu setakat ini ialah 34,884.

Menurut kenyataan Kementeria­n Kesihatan Singapura (MOH), data setakat tengah hari semalam menunjukka­n bahawa kebanyakan kes baharu membabitka­n pekerja asing yang tinggal di asrama.

Kementeria­n itu masih meneliti butiran kes terbabit dan kemas kini lanjut akan dikongsi kemudian.

Data penuh dikeluarka­n pada lewat Sabtu menyaksika­n Singapura mengklasif­ikasikan sejumlah 1,682 sebagai kes komuniti, 580 sebagai kes import dan 32,104 kes membabitka­n pekerja asing yang tinggal di asrama.

Secara keseluruha­n, 20,727 pesakit atau kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruha­n 34,366 kes yang dicatat pada Sabtu sudah pulih sepenuhnya.

Kementeria­n itu berkata, sejumlah 13,242 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat dari segi klinikal, namun diuji positif COVID-19 sudah diasingkan dan dirawat di pusat kemudahan komuniti.

Setakat tengah hari Sabtu, sejumlah 374 kes yang disahkan masih berada di hospital dengan tujuh ditempatka­n di unit rawatan rapi manakala 23 orang meninggal dunia.

Bagi kluster baharu, hanya satu dikenal pasti semalam yang membabitka­n sebuah asrama pekerja di 15A Senoko Way.

Sementara itu, kluster terbesar di republik berkenaan, iaitu Asrama Pekerja S11 @ Punggol mempunyai 2,686 kes disahkan, manakala asrama pekerja terbesar di Singapura, iaitu Sungei Tengah Lodge di 500, Jalan Lama Choa Chu Kang mempunyai 1,970 kes. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia