Berita Harian

Saintis selar tindakan UK

-

London: Penasihat kanan kepada kerajaan Perdana Menteri, Boris Johnson, menegaskan adalah terlalu awal untuk menarik balik pelaksanaa­n perintah berkurung.

Mereka memberikan amaran itu hanya dua hari sebelum United Kingdom (UK) melonggark­an lagi sekatan dikuat kuasakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Beberapa anggota Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) bawah kerajaan memaklumka­n kepada menteri, gelombang kedua jangkitan dikhuatiri tercetus ketika negara itu menyaksika­n orang ramai mula memenuhi kawasan pantai dan taman awam.

Seorang daripada mereka ialah pakar epidemiolo­gi, Prof John Edmunds,

yang menyifatka­n langkah kerajaan itu sebagai ‘keputusan bermotifka­n politik’.

Seorang lagi saintis terkemuka, Sir Jeremy Farrar, yang juga Pengarah Wellcome Trust dan anggota SAGE, memberi amaran jelas dalam Twitter bahawa tindakan kerajaan itu tidak kena pada masanya.

“COVID-19 merebak terlalu pantas untuk perintah berkurung ditarik balik di England.

“Pelaksanaa­n ujian saringan, pengesanan dan pengasinga­n (TTI) harus diteruskan serta berkesan sepenuhnya, mampu menangani sebarang lonjakan kes dengan serta-merta, responsif dan memberi keputusan pantas, serta kadar jangkitan perlu lebih rendah,” tulis Farrar.

Mulai hari ini, kerajaan akan melonggark­an lagi peraturan perintah berkurung yang berkuat kuasa sejak Mac lalu, dengan membuka semula sebahagian sekolah di England dan membenarka­n hingga enam individu bukan serumah untuk mengadakan pertemuan di luar. AFP

COVID-19 merebak terlalu pantas untuk perintah berkurung ditarik balik di England.

Sir Jeremy Farrar, Saintis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia