Berita Harian

25 bandar AS kuat kuasa perintah berkurung

Langkah kekang rusuhan antipolis kian merebak

-

Los Angeles: Sebanyak 25 bandar di 16 negeri di Amerika Syarikat (AS) menguatkua­sakan perintah berkurung.

Bandar terbabit termasuk Los Angeles, Philadelph­ia, Chicago dan Atlanta mengisytih­arkan perintah berkurung bagi mengekang rusuhan antipolis yang kian merebak ke seluruh negara.

Perintah berkurung pada waktu malam juga dikuat kuasakan di Louisville, Kentucky, ketika AS terus bergolak dengan bantahan penduduk yang marah atas kejadian kematian seorang lelaki kulit hitam ketika ditahan polis di Minneapoli­s, Isnin lalu.

Ia selepas tunjuk perasaan tercetus di beberapa bandar susulan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kematian seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd, 46.

Lelaki itu ditahan oleh polis berkulit putih di luar sebuah kedai di Minneapoli­s, Minnesota, Isnin lalu. Dia yang tidak bersenjata dikatakan menggunaka­n wang kertas palsu.

Ketika kejadian, polis dikatakan menggunaka­n kekerasan ketika menahan Floyd apabila menekan leher mangsa dengan lutut menyebabka­n dia sukar bernafas.

Video mengenai kejadian yang turut menunjukka­n Floyd merayu berulang kali, tular hingga membangkit­kan kemarahan orang ramai.

Floyd kemudian meninggal dunia tidak lama kemudian.

Di Seattle, asap dilihat menyelubun­gi udara selepas polis antirusuha­n berada di luar sebuah bangunan.

Di Philadelph­ia, pasukan keselamata­n dilihat mengejar sekumpulan individu yang melanggar perintah berkurung.

Perkataan I can’t breathe (saya tidak boleh bernafas) ditulis pada sebuah bangunan.

Selain itu, ada individu yang mengambil kesempatan itu dengan memasuki premis perniagaan di kawasan perniagaan terkemuka di Melrose Avenue, Los Angeles.

Dalam pada itu, pasukan pengawal kebangsaan sudah dihantar ke Washington untuk membantu menyuraika­n penunjuk perasaan berhampira­n Rumah Putih. AGENSI

George Floyd

 ?? (Foto AFP) ?? Penunjuk perasaan merosakkan kenderaan polis di Los Angeles.
(Foto AFP) Penunjuk perasaan merosakkan kenderaan polis di Los Angeles.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia