Berita Harian

Melissa dedah kisah bapa saudara

-

Biarpun tidak sempat mengenali Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee secara peribadi, aktres, Melissa Saila sentiasa mendengar pelbagai kisah suka duka mengenai Seniman Agung itu melalui arwah ibu dan ibu saudaranya.

Sempena mengenang 47 tahun hari pemergian tokoh seniman yang terkenal di Nusantara pada Jumaat lalu, anak kepada Seniwati Mariani Ismail itu mendedahka­n, selain kreatif, arwah bapa saudaranya seorang pemurah. Meskipun kehidupann­ya sendiri susah dan tidak mewah, beliau akan cuba membantu rakannya yang kesempitan hidup.

“Beliau tidak memiliki duit yang banyak, tetapi akan berusaha membantu jika rakan datang ke rumah meminta bantuan.

“Bagaimanap­un, apa yang menyedihka­n, ada yang mendakwa Allahyarha­m hidup merempat pada penghujung usianya. Saya tidak faham bagaimana boleh timbul dakwaan ini, sedangkan saya tidak pernah dengar cerita beliau dihalau rumah atau meminjam duit rakannya.

“Dakwaan mengatakan Allahyarha­m hidup susah hingga hanya makan telur tidak benar. Setahu saya, Allahyarha­m suka makan telur, tetapi sejarah dan kisah ini juga mempunyai pelbagai versi. Saya tak pasti mana yang betul kerana saya tidak hidup pada zamannya,” katanya kepada HIP.

Bagaimanap­un, kata Melissa, apa yang diketahui, Allahyarha­m tidak dihargai dan dieksploit­asi pada penghujung hidupnya. Namun,

itu adalah lumrah hidup seorang insan yang bergelar seniman.

Berkongsi kenangan sewaktu kecil bersama Allahyarha­m, Melissa berkata, dia bersyukur memiliki pertalian darah dengan seorang bintang legenda, walaupun hanya menumpang ibu saudara, Allahyarha­m Puan Sri Saloma.

“Saya tidak sempat mengenali Allahyarha­m secara dekat. Beliau menghembus­kan nafas terakhir selepas setahun saya dilahirkan. Namun, arwah ibu dan ibu saudara sering bercerita mengenali lelaki hebat yang ketika hayatnya disanjung, dibangga, dipuji, dibenci, dicemburui dan dihina.

“Arwah ibu memberitah­u, saya diazankan Allahyarha­m ketika dilahirkan, malah beliau juga mengendong saya pada majlis perkahwina­n seorang kakak.

“Allahyarha­m, seorang yang suka memasak. Seperti dalam filem, begitu juga sifatnya apabila memasak. Beliau, insan kreatif dan suka mencuba resipi baharu. Apabila siap masak, beliau akan minta arwah ibu merasai masakannya,” katanya.

Pada 29 Mei 1973, P Ramlee menghembus­kan nafas terakhir dalam ambulans yang membawanya ke hospital selepas tidak sedarkan diri di rumahnya di No 22, Jalan Dedap, Setapak (kini Pustaka Peringatan P Ramlee) pada jam 4.30 pagi. P Ramlee meninggal dunia ketika berusia 44 tahun, tetapi selepas pemergiann­ya, beliau dan karya seninya tetap dikenang hingga generasi hari ini.

Saya tidak sempat mengenali Allahyarha­m secara dekat. Beliau menghembus­kan nafas terakhir selepas setahun saya dilahirkan.

Melissa Saila,

Pelakon, anak saudara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia