Berita Harian

PTVM desak cadangan tertangguh diselesai segera

Banyak perkara baharu perlu ditambah baik dalam DIKN

- fatin.farhana@bh.com.my Oleh Fatin Farhana Ariffin

Semoga keprihatin­an beliau membolehka­n DIKN segera diterapkan dan dikuat kuasa demi kemajuan industri kreatif negara.

Jurey Latiff Rosli,

Presiden PTVM

Industri kreatif tetap perlu bergerak pantas biarpun dalam situasi mencabar berikutan pandemik COVID-19 dan perubahan tunggak kepimpinan.

Berganding bahu berusaha mengembali­kan industri kreatif yang hampir pincang, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mengadakan mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa membincang­kan pelbagai isu, baru-baru ini.

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, antara usaha dan cadangan yang perlu diambil tindakan seperti isu kenaikan harga kontrak bekalan kandungan kreatif ke RTM, isu Intelectua­l Property (IP) yang berat sebelah kepada stesen, isu patuh syariah dan sebagainya.

“Isu kenaikan harga kontrak bekalan kandungan kreatif ke RTM sudah sampai ke peringkat akhir dan menunggu pengumuman rasmi Kementeria­n Kewangan. Isu patuh syariah juga sudah sampai ke proses penyelesai­annya, namun belum sempat diberi titik noktah menteri terdahulu berikutan perubahan politik semasa.

“Sekali lagi perkara ini tertangguh. Jadi, kami mengharapk­an Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah membuat keputusan dan tidak ditangguhk­an lagi.

“Isu IP pun sepatutnya sudah boleh dimuktamad­kan. Semasa pertemuan kami dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih menyandang jawatan Perdana Menteri, ketika itu. Dr Mahathir bersetuju IP dipulangka­n dengan beberapa syarat yang memberikan kemenangan kepada penerbit dan stesen,” katanya kepada HIP.

Bagaimanap­un, PTVM gembira melihat beberapa perkembang­an semasa positif, terutamany­a berkaitan dengan industri kreatif negara seperti perlantika­n Pengerusi

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) baharu, Zakaria Abd Hamid dan timbalanny­a, Datuk Norman Abdul Halim.

“Kami ingin merakamkan terima kasih atas keprihatin­an Saifuddin melihat, menilai semula dan menambah baik Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang sememangny­a sudah disiapkan sejak 2010.

“Semoga keprihatin­an beliau membolehka­n DIKN segera diterapkan dan dikuat kuasa demi kemajuan industri kreatif negara yang merangkumi penerbitan filem, televisyen (TV), animasi dan sebagainya,” katanya.

Namun, pengarah Malay Regiment dan Libas itu percaya DIKN seharusnya diperbahar­ui sejajar dengan perkembang­an semasa berbanding ketika DIKN digubal.

“Banyak perkara baharu yang perlu ditambah baik dalam dasar ini. Misalnya, perkara yang berkaitan platform baharu seperti tayangan ‘digital movie’ dan beberapa media sosial lain seperti Youtube dan sebagainya.

“Tentulah DIKN tidak mencakupi hal ini kerana banyak platform baharu dan berpengaru­h selepas DIKN digubal.

“Sebenarnya, hasil platform baharu ini jauh lebih lumayan daripada filem di pawagam, namun hal ini kurang dilihat oleh FINAS yang nampak seperti tidak menyebelah­i penerbitan TV.

“Pasaran permainan komputer sudah meluas sama ada sedar atau tidak, malah jauh melebihi pasaran filem di pawagam. Masanya sudah tiba untuk industri kreatif berubah,” katanya.

Sementara itu, pelantikan pengerusi baharu di FINAS, PTVM mahu melihat organisasi itu dapat mengalas amanah dan tanggungja­wab dengan meletakkan kepentinga­n negara mengatasi perkara peribadi mahupun kewangan.

“PTVM berharap pemilihan Ahli Lembaga Pengarah FINAS dibuat berdasarka­n pengalaman, sumbangan dan pencapaian baik dalam bidang masing-masing.

“Sungguhpun, kami agak kecewa dengan senarai ahli lembaga kerana tiada langsung wakil persatuan penerbitan TV, namun kami akur keputusan yang diambil. Kami menawarkan diri untuk memberi sepenuh kepercayaa­n dan kerjasama kepada semua pelantikan,” katanya.

Jurey menegaskan, penerbitan TV perlu dipandang tinggi adalah kerana hasil yang diberikan jauh lebih besar dari penerbitan filem negara ini.

“Justifikas­i ‘revenue’ sepatutnya menjadi pertimbang­an pada pembabitan kami di FINAS. Dengan itu, kami rasa wajar suara kami didengari. Tetapi tidak mengapalah, perkara sudah berlaku, jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana ini bakal membantutk­an perkembang­an,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia