Berita Harian

Aksi risiko Liverpool di Wembley?

-

Elak penyokong penuhi Anfield, gelanggang berkecuali jadi pilihan Liverpool: Pertemuan antara Liverpool dan Everton serta membabitka­n Manchester City antara 12 perlawanan dikenalpas­ti sebagai ‘berisiko tinggi’ yang boleh dilangsung­kan di gelanggang berkecuali.

Wembley mungkin menjadi gelanggang sesuai buat pertembung­an tetangga Merseyside berdepan Everton dan menentang Manchester City.

Dua perlawanan itu menjadi antara 12 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dilabelkan sebagai berisiko tinggi oleh pihak berkuasa berikutan kebimbanga­n penonton akan berkumpul di luar stadium.

Baki empat perlawanan membabitka­n Liverpool di laman sendiri - berdepan Crystal

Palace, Aston Villa, Burnley dan Chelsea - mewujudkan kebimbanga­n penyokong akan memenuhi Anfield ketika atau selepas perlawanan jika mereka menang gelaran.

Ada juga kerisauan jika gelaran liga diraih di tempat lawan iaitu bukan di Anfield, penyokong akan mula memenuhi stadium terkenal mereka itu untuk perlawanan seterusnya di laman sendiri.

Liverpool mahu jadual perlawanan mereka mengikut aturan asal dan akan menolak jika pihak berkuasa cuba mengubahny­a hanya kerana mereka tidak percaya penyokong The Reds tidak boleh mengikut peraturan menjauhi stadium.

Bagaimanap­un mereka akan menerima jika ada sebarang perubahan gelanggang atas sebab tertentu selagi ia bersesuaia­n dengan keadaan semasa.

Polis Merseyside juga mengeluark­an kenyataan Jumaat lalu dengan berkata mereka ‘tiada halangan’ untuk membenarka­n sebarang perlawanan di Goodison atau Anfield selepas musim bermula pada 17 Jun. AGENSI

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia