Berita Harian

Tunggu lampu hijau kerajaan

MFL sudah rangka SOP untuk mohon sambung aksi liga

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada kerajaan Pusat bagi mengemukak­an permohonan menyambung semula saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim ini yang ditangguhk­an sejak pertengaha­n Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pihaknya sudah pun siap merangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) tertentu sebagai langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 sekiranya Liga M mendapat kebenaran untuk disambung semula.

“Kita sudah bersedia dengan SOP dan ketika ini masih melakukan beberapa penambahba­ikan. Jadi tiada masalah untuk kita (mengemukak­an permohonan beserta SOP kepada kerajaan Pusat sekiranya PKPB tamat pada 9 Jun).

“MFL juga sentiasa berhubung dengan KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan) serta MKN (Majlis Keselemata­n Negara) dalam mendapatka­n pandangan dan nasihat,” kata Ab Ghani kepada BH Sukan, semalam.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu merangka prosedur operasi standard (SOP) terlebih dahulu sebelum kebenaran untuk menganjurk­an sebarang aksi Liga M boleh diberikan kerajaan.

“Saya minta FAM merangka SOP terlebih dahulu. Insya Allah saya akan berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, bagaimana perkara ini boleh dilakukan. Namun saya ingin mengingatk­an agar tiada persatuan bola sepak negeri membuat SOP sendiri tanpa kelulusan diberikan MKN di peringkat pusat.

“Jika ada persatuan negeri berbuat demikian, ia menjadi kesalahan,” katanya di Putrajaya.

Kelmarin, akhbar ini juga melaporkan sektor sosial seperti sukan dan pendidikan, berpotensi ‘dibenarkan’ beroperasi semula, sekiranya kadar kes baharu penularan tempatan COVID-19 kekal mencatatka­n dua atau satu angka.

Keadaan itu juga menyaksika­n terdapat kemungkina­n Liga M boleh disambung semula lebih awal berbanding jangkaan MFL yang mahu saingan domestik bersambung pada September ini.

MFL sebelum ini mengumumka­n perancanga­n untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia pada awal September dengan saingan bakal berlangsun­g selama satu bulan dan hanya membabitka­n satu pusingan sebelum juara Liga Super dan Liga Perdana dinobatkan.

Mengulas lanjut, Ab Ghani menjelaska­n ia akan menjadi perkara yang positif sekiranya kerajaan Pusat membenarka­n saingan Liga M dapat disambung lebih awal sebelum September.

“Kalau boleh diawalkan kita juga akan tengok semula kalendar yang sudah kita rangka untuk memulakan liga pada September,” katanya.

MFL juga sentiasa berhubung dengan KBS serta MKN dalam mendapatka­n pandangan dan nasihat.

Ab Ghani Hassan,

Ketua Pegawai Eksekutif MFL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia