Berita Harian

Undang-undang dakwa syarikat tak ambil tindakan pekerja rasuah berkuat kuasa semalam

Pengurusan atasan, wakil syarikat termaktub undang-undang baharu

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengurusan atasan atau wakil syarikat boleh didapati bersalah sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap kelakuan rasuah pekerja atau pihak bersekutun­ya.

Perkara ini termaktub dalam peruntukan undang-undang baharu, Seksyen 17A Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Pindaan 2018) yang berkuat kuasa, semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media pada 21 Mei lalu, mengumumka­n mengenai seksyen itu dan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa pemakaian Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dikeluarka­n melalui kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan menerusi Warta Kerajaan Persekutua­n bertarikh 27 Mei 2020.

Pindaan peruntukan ini dan beberapa pindaan seksyen lain, sebelum ini sudah dilaksanak­an melalui Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 (Akta A1567).

Sejurus pindaan itu diwartakan pada 4 Mei 2018, Seksyen 17A Akta SPRM 2009 diberikan tempoh bertenang selama dua tahun untuk memberi ruang kepada organisasi komersial bagi melakukan persediaan sewajarnya.

“Secara asasnya, menerusi Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018), organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau pihak bersekutun­ya terbabit dengan jenayah rasuah.

“Organisasi komersial itu boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu mengenai kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutun­ya,” kata kenyataan itu.

SPRM sebelum ini dilaporkan sedang meneliti cadangan penangguha­n pelaksanaa­n seksyen itu yang sepatutnya dilaksanak­an semalam berikutan terdapat permintaan terutama daripada syarikat yang tidak bersedia dari segi pelan antirasuah yang bersesuaia­n.

Menurut kenyataan itu, organisasi komersial disabit kesalahan hukuman mengikut Seksyen 17A(2) adalah denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi atau dipenjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Organisasi komersial boleh membela diri jika dapat menunjukka­n bahawa organisasi itu mempunyai ‘tatacara mencukupi’ yang telah dilaksanak­an bagi mencegah berlakunya rasuah dalam operasi atau aktiviti perniagaan mereka.

Peruntukan undang-undang yang juga dikenali sebagai liabiliti korporat ini bertujuan menggalakk­an aktiviti perniagaan dijalankan dengan integriti tanpa rasuah dan mempromosi amalan tadbir urus baik dalam organisasi dan bukan bertujuan untuk menghukum organisasi komersial semata-mata.

Maklumat lanjut mengenai peruntukan undang-undang baharu ini boleh dilayari di portal rasmi SPRM di https://www.sprm.gov.my sementara bagi mendapatka­n garis panduan tatacara mencukupi pula, orang ramai boleh melayari pautan http://giacc.jpm.gov.my/garis-panduan-tatacara/.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia