Berita Harian

Pemandu kereta disyaki mabuk rempuh, seret motosikal 2km

-

Kuantan: Seorang peraih ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh Irwan Herman Kamarudin yang maut selepas keretanya dirempuh kenderaan dipandu melawan arus, dekat Jalan Pintasan Kuantan, minggu lalu.

Teoh Kian Peng, 42, yang berkemeja-t putih dan berseluar pendek hitam mengaku faham terhadap pertuduhan ke atasnya yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

BERNAMA melaporkan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh, dari Tanah Putih di sini, didakwa melakukan kesalahan itu berhampira­n stesen minyak PETRONAS di Jalan Pintasan Kuantan di sini, pada jam 9.20 malam, 25 Mei lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abd Ghani, tidak menawarkan jaminan berikutan pertuduhan itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin dan memohon tertuduh direman di Penjara Penor

di sini, sementara menunggu perbicaraa­n.

Tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Julai.

Irwan Herman, 41, penyelia di Alam Flora Sdn Bhd, maut selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh kenderaan pacuan empat roda Toyota C-HR dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Di Kuala Lumpur, seorang pengurus kelab malam dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas empat pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk, menumbuk polis serta membaling kerusi terhadap penjawat awam itu.

BERNAMA melaporkan Leng Kar Loon, 38, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi dan S Mageswary.

Di hadapan Majistret Puteri Nursheila, bapa kepada dua anak itu didakwa memandu kereta Toyota Avanza di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badannya didapati sebanyak 200 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter darah (ml) berbanding had ditetapkan 80 mg bagi 100ml darah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Bulatan Bilion, Cheras di sini pada 1 pagi, 21 Mei lalu, mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda minimum RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan jika sabit kesalahan.

Majistret Puteri Nursheila membenarka­n jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Di hadapan Majistret Mageswary, Leng mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan.

Dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis trafik, Lans Koperal Mohd Radhie Md Yatim, 37, dengan menumbukny­a sehingga menyebabka­n kecederaan terhadap penjawat awam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis sama dengan membaling kerusi kepada mangsa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa berkelakua­n rusuh dan tidak senonoh terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Bilik Penguat Kuasa Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S Lee di sini, pada jam 1 pagi, 21 Mei lalu.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 21 Julai untuk sebutan semula kes.

Di Kangar, warga emas yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh penunggang motosikal dan mendatangk­an kecederaan serius terhadap mangsa kelmarin direman hingga hari ini.

Perintah penahanan reman dikeluarka­n oleh Penolong Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah pagi semalam di Kompleks Mahkamah Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superinten­dan Wari Kiew, berkata penahanan reman lelaki berusia 63 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan penunggang motosikal berusia 41 tahun cedera termasuk retak tempurung kepala selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi, dikatakan sedang menunggang motosikal untuk pulang dari kedai runcit sebelum suspek yang memandu kereta Iswara terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia