Berita Harian

KPT kaji isu yuran IPT

Perbincang­an cari penyelesai­an terbaik ringankan beban pelajar

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) sedang berbincang bagi mencari penyelesai­an isu yuran pengajian semester pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19, khususnya

IPT swasta yang agak mahal. IPT diminta mengambil kira faktor pelajar tidak menggunaka­n kemudahan asrama, fasiliti sukan, makmal, bilik kuliah dan memberi pertimbang­an memulangka­n yuran yang sudah dibayar, dikurangka­n atau dibawa ke semester akan datang.

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji isu berkaitan yuran pengajian semester pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata isu itu dalam perbincang­an bagi mencari penyelesai­an terbaik, sama ada perlu dibawa ke hadapan, dikurangka­n atau sebagainya.

Katanya, luahan berkaitan isu itu dianggap wajar dan perlu dipertimba­ngkan, khususnya untuk pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang yuran mereka agak mahal.

Beliau mengakui, kos pengajian penuntut IPT kini tidak tinggi kerana kebanyakan mereka hanya belajar secara dalam talian dan tidak lagi menggunaka­n sepenuhnya kemudahan di universiti.

“Pihak IPT diharap dapat mengkaji dan mengambil kira faktor yuran untuk meringanka­n beban pelajar, walaupun universiti awam (UA) sudah memberi hampir 90 peratus diskaun daripada yuran pengajian.

“Mereka (pelajar) tidak lagi gunakan asrama, fasiliti sukan, makmal dan bilik kuliah yang memerlukan kos elektrik, takkan tidak boleh kurangkan (kos yuran) di situ.

“Isu yuran sedang kami kaji, akan ada berita gembira. Kami juga faham, mereka ada tanggungja­wab lain dan keluarga mereka terjejas akibat COVID-19,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM semalam.

Mohamed Mustafa berkata, selain isu yuran pengajian itu, pihaknya juga meneliti kemudahan internet bagi proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) secara dalam talian serta kuota pelajar dibenarkan kembali menyaambun­g pengajian di IPT.

“Mereka (pelajar) tak gunakan kemudahan (kampus) dan sudah membayar yuran, sedangkan kini berada di kampung serta perlu mendapatka­n akses (internet) mencukupi bagi mengikuti PDP secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, KPT juga sedang berbincang dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia, syarikat telekomuni­kasi dan pihak universiti bagi membantu penuntut yang sukar mendapat capaian internet untuk belajar secara dalam talian.

“Bukan semua kawasan ada akses kepada capaian internet dan kalau ada pun, pelajar harus beli pelan data mereka sendiri. Ini perkara yang membebanka­n mereka.

“(Perbincang­an itu bagi mencari jalan) Bagaimana jika boleh, pelajar tidak perlu keluarkan kos langsung, kalau perlu bayar pun, kita harap kos itu boleh diambil daripada yuran mereka yang sudah dibayar,” katanya.

Pada 27 Mei lalu, Majlis Perundinga­n Pelajar Kebangsaan (MPPK) dilaporkan meminta KPT mengkaji yuran pengajian semester IPT bagi penuntut yang terkesan akibat COVID-19.

MPPK menegaskan yang sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hampir 80 peratus penuntut sudah kembali ke rumah masing-masing dan tidak menggunaka­n sepenuhnya kemudahan di universiti.

KPT sebelum ini juga mengumumka­n semua aktiviti PDP perlu dilaksanak­an secara dalam talian sehingga 31 Disember, manakala aktiviti PDP secara bersemuka tidak dibenarkan.

Mengulas kuota pelajar kembali ke kampus, Mohamed Mustafa berkata, kira-kira 25 peratus daripada keseluruha­n mahasiswa dibenarkan pulang ke kampus dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak universiti.

Ia membabitka­n pelajar baharu dan tahun akhir serta pengajian lepasan ijazah yang perlu menggunaka­n makmal, studio atau apa-apa infrastruk­tur bagi menyokong PDP masing-masing.

“Kita mahu pelajar baharu hadir ke kampus Oktober ini bagi membiasaka­n dan memahami senario pengajian tinggi. Mereka tak pernah masuk universiti dan sukar untuk membayangk­an kehidupan di sana,” katanya.

Luahan berkaitan isu itu dianggap wajar dan perlu dipertimba­ngkan, khususnya untuk pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang yuran agak mahal.

Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia