Berita Harian

SOP TASKA dibentang hari ini

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan membentang­kan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamata­n Negera (MKN) hari ini berkaitan operasi Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

Ketua Pengarahny­a, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan menitikber­atkan isu keselamata­n di TASKA dan memberi keutamaan kepada kanak-kanak yang ibu bapanya petugas di barisan hadapan.

“Kita juga akan melihat bagaimana meningkatk­an kemudahan TASKA di hospital di bawah kementeria­n. Setakat ini, kita sudah ada 112 TASKA dan KKM sudah memohon untuk tingkatkan lagi jumlah TASKA di semua hospital menjadikan ia berjumlah 146,” katanya semalam.

Selari dengan penambahan jumlah TASKA di hospital berkenaan, beliau berkata, KKM juga bercadang memperkena­lkan waktu jagaan dua syif berbanding hanya satu ketika ini bagi memenuhi keperluan petugas barisan hadapan yang bekerja dalam waktu syif.

Dr Noor Hisham berkata, sekiranya TASKA di hospital masih tidak mampu menampung kapasiti itu, diharapkan pengusaha TASKA luar hospital dapat memberikan ruang kepada anak petugas barisan hadapan.

Katanya, pembukaan TASKA perlu mematuhi SOP, termasuk pergaulan yang terhad dalam kalangan kanak-kanak di TASKA.

“SOP pergaulan antara kanak-kanak tidak terbuka dan guru seorang mesti kekal pada satu kumpulan dan setiap kumpulan tidak bergaul secara bebas dengan kumpulan yang lain,” katanya.

Sementara itu, tiada kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan bagi tempoh 10 hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu, dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.46 peratus).

Dr Noor Hisham berkata, hanya enam kes baharu babitkan kes kalangan warganegar­a, kelmarin.

Katanya ada 38 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 7,857 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 adalah 1,338 kes, yang sudah diasingkan serta diberi rawatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia