Berita Harian

Populariti restoran bukan tiket langgar SOP

Tiada keistimewa­an, semua kedai makan tertakluk peraturan ditetapkan

- Oleh Suzalina Halid dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiada keistimewa­an kepada mana-mana restoran terkenal, termasuk ‘kedai mamak’, jika sengaja atau mengabaika­n prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan populariti sesebuah restoran dalam kalangan rakyat Malaysia, bukan bermakna tindakan tidak akan diambil jika melakukan kesalahan.

“SOP kedai makan adalah sama dan tiada keistimewa­an termasuk untuk kedai mamak. Walaupun sebelum ini boleh duduk sampai Subuh, arahan perlu dipatuhi sesiapa sahaja, termasuk pengusaha perniagaan itu.

“Tutup jam 10 malam, adakan penjarakan sosial, pengambila­n suhu dan tulis nama penuh. Jangan bila popular buka sesuka hati,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pihaknya akan mengarahka­n tindakan tegas dikenakan terhadap mana-mana restoran yang dikesan ingkar terhadap arahan itu.

“Esok (hari ini) saya akan adakan

Kuala Lumpur: Operasi gunting rambut masih tidak dibenarkan, meskipun membabitka­n perkhidmat­an secara peribadi dengan tukang gunting datang ke rumah pelanggan.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata setakat ini Majlis Keselamata­n Negara (MKN) masih menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkhidmat­an itu.

“MKN bersama Kementeria­n Kesihatan (KKM) sedang menyiapkan SOP berkaitan dan mesyuarat, akan beritahu polis dan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera. Tiada pengecuali­an untuk sesiapa pun,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, setakat ini ia belum lagi dibentangk­an dalam mesyuarat khas menteri-menteri.

“Kita menunggu untuk pembentang­an SOP itu jika sudah bersedia. Setakat ini belum lagi. Selepas itu (pembentang­an) baharu boleh diputuskan, sama ada kedai gunting rambut boleh dibuka atau tidak.

“Tarikh pembukaan bergantung kepada SOP dibentangk­an. Namun, sehingga kini, khidmat gunting rambut masih berada dalam senarai dilarang, termasuk di rumah atau di mana sahaja,” katanya. Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) tidak sesekali membenarka­n tapak binaan kembali beroperasi sekiranya tidak mematuhi SOP, termasuk saringan kesihatan pekerja asing.

Beliau berkata, CIDB amat bertegas terhadap perkara itu dan arahan tutup operasi akan diambil sebaik mendapati tapak binaan melanggar arahan ditetapkan.

“Semalam CIDB membuat pemeriksaa­n terhadap 110 tapak binaan di seluruh negara membabitka­n 76 penguatkua­saan. Daripada jumlah itu, 21 tapak dikesan patuh SOP, manakala tiga lagi tidak patuh dan diberi amaran.

“Setakat ini, jumlah kumulatif tapak binaan diperiksa CIDB adalah 6,000 tapak dan daripada jumlah itu, 934 didapati patuhi SOP dan 224 lagi adalah tidak patuh.

“Mereka juga sudah mengarahka­n tujuh tapak binaan ditutup kerana tidak patuh SOP, manakala 4,815 lagi masih belum beroperasi,” katanya.

SOP kedai makan adalah sama dan tiada keistimewa­an termasuk untuk kedai mamak. Walaupun sebelum ini boleh duduk sampai Subuh.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ??  ??
 ?? (Foto Fathil Asri/bh) ?? Pelanggan beratur mengikut penjarakan sosial di sebuah kedai makan seperti SOP yang dikeluarka­n kerajaan akibat penularan wabak COVID-19.
(Foto Fathil Asri/bh) Pelanggan beratur mengikut penjarakan sosial di sebuah kedai makan seperti SOP yang dikeluarka­n kerajaan akibat penularan wabak COVID-19.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia