Berita Harian

Rai semangat muhibah di Sunway City

Limpahan lampu jalan cetus keceriaan musim perayaan

-

Sunway City adalah bandar di negara ini yang berjaya menggabung­kan teknologi dengan idea lestari untuk menjadi living laboratory bagi menerokai penyelesai­an inovatif dalam pembanguna­n lestari dan mempunyai pelbagai tarikan hiburan, riadah serta gaya hidup.

Lebih istimewa, Sunway City menyatukan rakyat di negara ini dengan meraikan semangat muhibah menerusi pelbagai sambutan perayaan.

Lampu jalan di bandar ini selalu menjadi sebahagian besar yang mencetuska­n keceriaan musim perayaan yang berbeza di Malaysia.

Inilah kelainan dan perbezaan Sunway City apabila jalan di sini selalu diterangi lampu LED serta hiasan mempesonak­an pada musim perayaan utama yang disambut di Malaysia sepanjang tahun.

Selain sebagai hiasan, lampu jalan ini juga memberikan kesan mendalam bagi menyuntik semangat muhibah.

Sunway terus menaikkan semangat meriah pada musim perayaan ini, di tengah pandemik dan normal baharu.

Oleh itu, model bandar lestari ini sekali lagi dihiasi dengan lampu jalan berwarna-warni dan hiasan perayaan di pusat beli-belah, hotel dan banyak lagi.

Aidilfitri yang disambut tahun ini, walaupun tanpa kunjung-mengunjung­i, ia diraikan dengan warna-warni, rasa syukur dan kemaafan.

Begitu juga Tahun Baharu Cina yang dirayakan pada awal tahun, diraikan dengan hiasan merah dan limau Mandarin sebagai simbolik kekayaan, kemakmuran dan kesihatan yang baik. Ia adalah perayaan penting dalam kalendar masyarakat Cina.

Sementara itu, perayaan Deepavali menandakan berakhir kegelapan dan kemenangan cahaya.

Menjelang festival, lampu tanah liat dinyalakan oleh orang Hindu di luar rumah mereka bagi melambangk­an cahaya dalaman yang melindungi mereka dari kegelapan rohani.

Bagi sambutan Krismas yang diraikan pada 25 Disember setiap tahun, ia perayaan penting bagi penganut agama Kristian.

Perayaan diceriakan dengan adat resam, termasuk bertukar hadiah, menghias pokok Krismas, menghadiri gereja, makan dengan keluarga dan rakan serta menunggu Santa Claus tiba.

Tanggal 31 Ogos pula menandakan bahawa Persekutua­n Tanah

Melayu memperoleh kemerdekaa­n daripada pemerintah­an Inggeris pada 1957.

Untuk memperinga­ti hari penting itu, lampu jalan Sunway City mengubah warnanya menjadi merah, kuning, putih dan biru sebagai cerminan bendera kebangsaan kita.

Datang dan nikmati semangat perayaan di bawah lampu jalan yang menakjubka­n sepanjang tahun di Sunway City.

Tidak kira apa warna, latar belakang, bangsa atau agama, kita semua adalah rakyat Malaysia. Mari bersama-sama memeriahka­n semangat muhibah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Lampu menghiasi bandar lestari Sunway City meraikan pelbagai perayaan.
Lampu menghiasi bandar lestari Sunway City meraikan pelbagai perayaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia