Berita Harian

Khidmat hantar makanan ke pintu rumah

-

Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabka­n permintaan untuk perkhidmat­an penghantar­an makanan dan bungkus bawa pulang, meningkat.

Untuk memenuhi tuntutan ini, pelbagai rangkaian perniagaan makanan di Sunway menawarkan perkhidmat­an ini untuk kemudahan orang ramai.

Memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan, pelbagai langkah pencegahan kebersihan dan keselamata­n dilakukan, daripada proses penyediaan makanan hingga penghantar­an. .

Langkah keselamata­n turut ditingkatk­an seperti pemeriksaa­n suhu, memakai pelitup muka dan sarung tangan diwajibkan ketika menyediaka­n makanan.

Begitu juga ketika melakukan pembayaran tanpa tunai dan penghantar­an, dipastikan tanpa sentuhan dan ada penjarakan sosial.

Antara yang menawarkan perkhidmat­an penghantar­an adalah

Beach Bistro @ Sunway Lagoon.

Bersempena PKP, pesanan makanan boleh dibuat kemudian dihantar ke depan pintu rumah.

Bagi yang ingin menikmati nasi goreng kampung, dapatkan Nasi Goreng Kampung Pak Wan dengan telur goreng.

Nasi goreng ala Melayu tradisiona­l, menggabung­kan ikan bilis, cili, kacang panjang segar dan pes udang yang dihiasi dengan telur goreng untuk memenuhi selera.

Jika teringin cita rasa Arab, dapatkan Arabian Chicken Mandy yang turut popular dengan ayam rempah panggang.

Untuk jamuan sekeluarga, pilihlah Pakej Keluarga 1 (untuk 4 orang) dan Pakej Keluarga 2 (untuk 8 orang). Rasanya tidak mengecewak­an dan seronok dikongsi bersama,

Banyak lagi menu yang sedap dan cuba log masuk ke www.sunwaylago­on.com/beachbistr­o/, kemudian buat pesanan melalui Beep Delivery dan Grabfood.

Tawaran menu istimewa di Resort Cafe di Sunway Resort Hotel & Spa juga hebat belaka, termasuk pelbagai jenis daging panggang seperti ayam panggang yang diperap dengan lada hitam dan thyme, itik panggang gaya Kantonis, daging sirloin Australia, daging lembu Karubi dengan Rubard Mustard dan kambing Australia.

Hidangan utama juga dilengkapi aneka pembuka selera dan pencuci mulut.

Semua pesanan mesti dibuat sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal melalui panggilan atau Whatsapp ke + 6019-381 5568 atau Beep Delivery.

Tidak ketinggala­n, Athanor Express di Sunway University yang menawarkan makanan halal di sekitar masakan Barat moden.

Perkhidmat­an makanan bungkus pulang disediakan mulai 1 Jun, setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 8.30 pagi sehingga 3 petang. Tempahan makanan boleh dibuat menerusi +603-7491 8622 (Ext: 7358 or 7235) atau emel ke athanor@sunway.edu.my or eddiel@sunway.edu.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pelbagai restoran dengan menu masakan menyelerak­an menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an ke rumah .
Pelbagai restoran dengan menu masakan menyelerak­an menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an ke rumah .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia