Berita Harian

Tuntut kurangkan bayaran sehingga 50 peratus

-

Kuala Lumpur: Yuran pengajian di universiti swasta dan awam wajar dikurangka­n berikutan pengajaran dan pembelajar­an (PDP) dilaksanak­an secara dalam talian berikutan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) sejak 18 Mac lalu.

Pengendali­an PDP secara dalam talian menyebabka­n pelajar tidak menggunaka­n sepenuhnya kemudahan di universiti.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Anas Irfan Zainal Ambri, menuntut yuran pengajian IPTS itu dikurangka­n sehingga 50 peratus susulan penularan COVID-19.

Katanya, kadar itu wajar selepas mengambil kira faktor pengajaran dan pembelajar­an (PDP) sepanjang pelaksanaa­n PKP hanya dijalankan secara dalam talian.

Beliau berkata, yuran pengajian yang dikurangka­n wajar dikembalik­an sama ada secara tunai atau pemindahan kredit ke semester seterusnya bagi mengurangk­an beban ditanggung pelajar.

“Anggaran yuran pengajian seorang pelajar antara RM7,000 hingga RM10,000 setiap semester dengan ia berjalan seperti biasa walaupun proses PDP hanya berlangsun­g secara maya,” katanya.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) semalam, melancarka­n petisyen menuntut penguranga­n yuran pengajian mahasiswa di universiti berkenaan.

Presidenny­a, Muhammad Haziq Azfar Ishak, berkata ia susulan dua Kertas Cadangan Dasar Kampus mengenai COVID-19 dikemukaka­n kepada pengurusan Universiti Malaya (UM), sejak 8 April lalu.

“Antara isu dibangkitk­an dalam kertas cadangan berkenaan ialah penguranga­n yuran pengajian sekurang-kurangnya RM130, membabitka­n caj sukan, fasiliti fakulti dan logistik peperiksaa­n akhir semester.

“Dalam semester ini, hanya tiga minggu pembelajar­an dibuat secara bersemuka, manakala 11 minggu lagi secara dalam talian, menyebabka­n mahasiswa tidak dapat menggunaka­n kemudahan universiti secara maksimum,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Syahirunni­sa Ramli, menggesa universiti mempertimb­angkan memulangka­n sekurang-kurangnya tiga elemen dalam yuran pengajian pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia