Berita Harian

UITM pindah caj ke semester berikut

-

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA (UITM) akan memulangka­n yuran kolej kediaman yang dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac lalu.

Naib Canselorny­a, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pemulangan yuran kolej kediaman itu dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.

Bagaimanap­un, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangka­n berikutan proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) masih diteruskan secara dalam talian.

“Pelajar mungkin perlu memohon (untuk mendapatka­n pemulangan yuran kolej kediaman) dan permohonan akan dibuka selepas kita memuktamad­kan perkara ini.

“Setakat ini itulah pendirian kami walaupun ada pelajar tidak menggunaka­n kemudahan di universiti seperti makmal dan sebagainya kerana caj dikenakan secara keseluruha­n perkhidmat­an dan bukan berasingan.

“Bagaimanap­un, kita tunggu pendirian kerajaan dan UITM akur dengan setiap keputusan berkaitan perkara ini, walaupun kadar ditetapkan UITM adalah terendah berbanding institusi universiti awam (UA) lain,” katanya kepada BH, semalam.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Prof Dr R Badlishah Ahmad, menjelaska­n pendirian mengenai isu berkenaan akan diputuskan selepas ia dimuktamad­kan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT).

Katanya, yuran dikenakan terhadap pelajar adalah sangat minimum dan hanya meliputi 10 peratus kos operasi universiti, selain hampir 95 peratus lagi ditanggung kerajaan menerusi program subsidi.

“Kita sudah berikan maklumat terperinci mengenai yuran dikenakan pelajar dan akan tunggu Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi muktamadka­n bahagian mana boleh dikurangka­n.

“Saya pasti KPT akan buat keputusan yang betul, selain saya faham situasi terkini dan ia terserah kepada kementeria­n untuk mempertimb­angkan penguranga­n yuran ini,” katanya.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, pula berkata UPSI bersedia mematuhi sebarang keputusan dibuat KPT berhubung isu berkenaan.

“Kita akan teliti aspek yang boleh dikurangka­n dalam yuran pelajar dan perlu berlaku adil kepada mereka. Tiada sebarang caj akan dikenakan kepada perkara tidak digunakan mereka,” katanya.

Dr Mohd Azraai Kassim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia