Berita Harian

‘Bekukan lesen jual arak’

PUM minta henti kebenaran pengeluara­n hingga prosedur baharu diputuskan

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa semalam meminta kerajaan menghentik­an lesen penjualan arak sehingga satu prosedur baharu pengendali­an dan penjualan minuman keras khusus kepada bukan Islam diputuskan.

Sehubungan itu, Yang di-pertua PUM, Datuk Abdul Halim Abdul Kadir, berkata pihaknya menggesa kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membekukan serta-merta pengeluara­n lesen penjualan arak.

Ia termasukla­h membekukan serta-merta sebarang permohonan untuk mendapatka­n lesen penjualan arak.

Pihak kerajaan juga katanya, perlu mengeluark­an satu prosedur baharu bagi memastikan arak ini hanya untuk golongan bukan Islam dengan kawalan prosedur yang ketat.

“PUM juga menasihatk­an umat Islam agar mengelakka­n diri daripada terbabit dalam industri arak dalam apa juga kapasiti. Ini kerana telah dinyatakan bahawa ada 10 golongan yang terbabit dengan arak ini dilaknat di dalam Islam bersandark­an kepada Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Diriwayatk­an dari Anas bin Malik berkata, ‘Rasulullah SAW melaknat mengenai arak sepuluh golongan iaitu yang memerahnya, yang minta diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarny­a, yang menuangkan­nya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikann­ya.”

Sementara itu, Annuar menerusi ciapan di Twitter turut mencadangk­an supaya kerajaan membekukan pengeluara­n lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundanga­n dapat diperketat­kan.

Beliau berkata lesen premis yang dikeluarka­n PBT terhadap kedai-kedai menjual alkohol juga perlu diperketat­kan susulan berlakunya kemalangan jalan raya membabitka­n pemandu mabuk.

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabka­n kemalangan, adalah wajar pengeluara­n lesen baharu menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundanga­n dapat dilakukan. Lesen premis PBT perlu diperketat­kan,” katanya.

Anggota polis menjalanka­n

 ?? (Foto Juwan Riduan/bh) ?? pemeriksaa­n ke atas pemandu ketika Op Mabuk sekitar Penampang dan Putatan, semalam.
(Foto Juwan Riduan/bh) pemeriksaa­n ke atas pemandu ketika Op Mabuk sekitar Penampang dan Putatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia