Berita Harian

Memperkasa pendidikan sektor binaan pasca COVID-19

-

Pasca COVID-19, membuka pelbagai isu berkenaan pekerja asing, terutama berkaitan pemantauan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Terdapat juga isu kemasukan pekerja asing yang sukar berasimila­si dengan masyarakat tempatan apatah lagi berkomunik­asi dengan baik dengan rakyat tempatan khususnya dalam bahasa Melayu.

Terdapat juga masalah kesihatan ditimbulka­n PATI, terutama berkaitan COVID-19. Terdapat isu pekerja asing untuk berintegra­si dan memahami sosiobuday­a masyarakat tempatan.

Saya mencadangk­an dua jenis pendidikan kepada warga asing dan warganegar­a Malaysia, iaitu Pendidikan Asas Budaya Malaysia, Penjagaan Kesihatan dan Kebersihan kepada bukan warganegar­a dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada warganegar­a untuk menangani masalah pekerja kontraktor.

Justeru, disarankan untuk diwujudkan program pendidikan asas budaya Malaysia seperti mempelajar­i asas bahasa Melayu dan juga kesedaran penjagaan kesihatan dan kebersihan yang sesuai daripada Kementeria­n Sumber Manusia untuk pekerja asing.

Pekerja asing, termasuk pekerja buruh binaan ini diberikan kursus pendek untuk mendedahka­n undang-undang, budaya masyarakat Malaysia, penjagaan kebersihan dan bahasa Melayu yang asas supaya mereka dapat berintegra­si melaksanak­an tugas serta boleh berkomunik­asi secara asas dengan rakyat tempatan.

Antara yang boleh diperbaiki adalah menaik taraf infrastruk­tur penginapan dan pelaksanaa­n kesedaran kebersihan dan kesihatan dalam kalangan pekerja asing di negara ini.

Pengurusan cekap daripada pihak majikan diperlukan untuk memantau kebajikan, visa dan perihal imigrasi pekerja asing, terutama di sektor pembinaan.

Di negara ini, ada 1.2 juta pekerja industri binaan dalam negara dengan 400,000 daripadany­a warga asing dan bakinya pekerja tempatan, sekali gus menunjukka­n bidang kemahiran menyediaka­n peluang pekerjaan tinggi.

BH sebelum ini melaporkan 70 peratus daripada lebih 40,000 pelajar TVET lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) mendapat tempat dalam pasaran kerja, setiap tahun.

Pelajar yang tamat pengajian di kolej vokasional selepas 8 semester, mempunyai peluang cerah untuk bekerja di sektor pembinaan sebagai juruteknik teknologi binaan atau pembantu teknik teknologi binaan.

Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan institut pengajian kemahiran berkaitan.

Jika dilihat, negara seperti Australia dapat menarik masyarakat tempatan, sama ada lelaki mahu pun wanita untuk menjadi pekerja buruh binaan.

Mengikut laman web Payscale, masyarakat tempatan Australia diberikan gaji bermula bayaran asas dalam anggaran kasar termasuk imbuhan, AU$40,000 (RM116,200) ke AU$68,000 (RM197,700) gaji setahun mengikut pengalaman kerja.

Mereka juga diberi peluang untuk mendapatka­n latihan meningkatk­an prestasi sebagai buruh binaan. Di negara maju seperti Australia, rata-rata rakyat tempatan berkemahir­an.

Dalam konteks Malaysia, dari segi binaan kontraktor, latihan diberikan kepada pelajar sekolah menengah untuk pendidikan TVET yang membolehka­n mereka mendapatka­n sijil diploma kemahiran.

Anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan seharusnya diberi peluang pekerjaan sebagai buruh pembinaan berkemahir­an. Pekerjaan sebagai buruh binaan tidak lagi dipandang rendah, tetapi sebagai kemahiran dicari majikan.

Maka, peluang pekerjaan untuk mereka menjadi buruh binaan berkelulus­an walaupun dengan sijil, amat cerah supaya mereka dapat diserap sebagai buruh binaan berkelayak­an dan kemahiran sesuai untuk anak muda.

Justeru, ia dapat mengurangk­an penganggur­an dengan pengambila­n buruh asing dengan memanfaatk­an tenaga buruh tempatan berkemahir­an.

Agensi kerajaan seperti Kementeria­n Sumber Manusia, Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Jabatan Imigresen, Kementeria­n Pendidikan, wakil majikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat duduk berbincang terhadap hala tuju memperkasa­kan pendidikan pembinaan dalam menangani masalah pekerja kontraktor pasca COVID-19.

Kesimpulan­nya, Malaysia mempunyai dua pilihan sama ada memberi literasi pendidikan mengenai kesedaran budaya Malaysia dan kesihatan kepada pekerja asing, di samping meningkatk­an infrastruk­tur dan kualiti kehidupan mereka ataupun memperkasa­kan literasi pendidikan TVET dalam menambahka­n bilangan pekerja buruh binaan tempatan dengan menaiktara­fkan servis kualiti kemahiran buruh binaan tempatan.

Anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan seharusnya diberi peluang pekerjaan sebagai buruh pembinaan berkemahir­an. Pekerjaan sebagai buruh binaan tidak lagi dipandang rendah, tetapi sebagai kemahiran dicari majikan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia