Berita Harian

Hukuman pesalah jenayah syariah didik masyarakat Islam

-

Islam bertapak di rantau alam Melayu mengikut teori sesetengah ahli sejarah adalah antara kurun ke-5 hingga ke-9 dan mula berkembang serta menjadi agama rasmi di Tanah Melayu antara abad ke-14 hingga ke-15.

Kedudukan Islam di Tanah Melayu sebagai agama rasmi dan undang-undang Islam diguna pakai terbukti dengan wujudnya Undang-undang Kanun Melaka serta penggunaan nama Islam oleh raja pada zaman Kesultanan Melaka serta institusi Islam lain.

Selepas penjajah datang ke Tanah

Melayu, undang-undang Islam semakin hilang di Tanah Melayu secara beransur-ansur. Mahkamah Kadi (nama lama Mahkamah Syariah) yang dahulunya mempunyai bidang kuasa luas untuk membicarak­an kes berkaitan agama Islam, termasuk kes jenayah, semakin sempit dan berkurang.

Undang-undang Islam sekarang diberi definisi berlainan daripada definisi diperturun­kan Raja-raja Melayu terdahulu. RO Winstedt, penyusun kamus An English-malay Dictionary pernah berkata: “Jika tidak kerana penjajahan British, sudah tentu undang-undang Islam menjadi undang-undang tertinggi di Tanah Melayu.”

Selain majlis agama Islam negeri sebagai badan tertua dalam pentadbira­n hal ehwal Islam di negara ini, satu lagi institusi penting ialah mahkamah syariah. Mahkamah syariah ialah institusi kehakiman paling penting untuk memastikan undang-undang syariah dilaksanak­an dengan adil dan mengikut undang-undang.

Sebagai badan kehakiman, mahkamah mesti berfungsi penuh integriti, bebas segala tohmah dan fitnah. Mahkamah mesti dilihat sebagai badan menegakkan keadilan tanpa rasa takut dan memihak kepada sesiapa. Dengan cara ini, mahkamah akan dihormati semua pihak.

Satu lagi cara untuk melihat mahkamah itu mempunyai kuasa adalah dengan melihat bidang kuasa mahkamah. Dengan cara ini, masyarakat melihat sebagai badan dihormati dan disegani. Justeru, masyarakat tidak sepatutnya sewenang-wenang cuba mencabar mahkamah, terutama mahkamah syariah dalam isu bidang kuasa lebih-lebih lagi jika orang Islam melakukann­ya.

Peruntukan dalam enakmen kesalahan jenayah syariah negeri dan juga akta kesalahan jenayah syariah di Wilayah Persekutua­n dibuat bersumberk­an Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu Jadual Kesembilan Senarai II. Istilah precepts atau perintah agama menjadi kata kunci untuk kerajaan negeri membuat peruntukan undang-undang kesalahan jenayah syariah.

Maksud istilah ini sebenarnya sangat luas, tetapi agak terhad dalam konteks undang-undang Islam di negara ini. Secara umum perintah agama Islam adalah berkait rapat dengan akidah, ibadat dan akhlak orang Islam. Selain ketiga-tiga perkara itu, perintah agama juga boleh termasuk segala bentuk maksiat yang jelas dalam al-quran dan sunnah terhadap larangan dan dosa atas perbuatan berkenaan seperti berjudi, berzina, minum arak dan liwat.

Setiap jenis jenayah syariah yang ada dalam peruntukan negeri bersesuaia­n dengan objektif penubuhan institusi Islam di negara ini, iaitu melindungi akidah umat Islam serta memastikan mereka hidup berlandask­an ajaran dan prinsip Islam, sekali gus maqasid (tujuan) syariah dapat dihidupkan.

Perlu diingatkan semua kesalahan jenayah syariah itu, hukumannya hanya denda RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan sebatan tidak melebihi enam kali.

Dari segi undang-undang, tidak semua ketiga-tiga hukuman dijatuhkan tetapi dipilih, sama ada dua atau satu hukuman sahaja.

Kesimpulan­nya, peruntukan kesalahan jenayah syariah sedia ada sudah memadai untuk mendidik masyarakat Islam mengenai perkara salah dan berdosa di sisi Islam, seterusnya boleh menggugat akidah orang Islam. Apa perlu ditingkatk­an sekarang ialah penguatkua­saan, pentadbira­n agama Islam, memperkasa­kan hukuman terhadap pesalah jenayah syariah, penggunaan teknologi dan isu berkaitan.

Sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam di negara ini, kita menggunaka­n dahulu apa termaktub dalam Perlembaga­an dan peruntukan sedia ada serta memberi yang terbaik untuk menjadikan undang-undang Islam dan institusi dihormati dan disegani masyarakat Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia