Berita Harian

Peranan NGO wajar dipuji

- Ahmad Soffian Mohd Shariff, Aktivis masyarakat dan alam sekitar

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turun padang melakukan aktiviti khidmat sosial bagi membantu golongan kurang berkemampu­an.

Antaranya gabungan NGO Penggerak Komuniti Negara yang diasaskan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Tumpuan diberikan NGO kepada golongan B40 dan miskin bandar di kawasan Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan beberapa negeri seluruh negara, benar-benar memberikan kesan positif kepada penduduk di kawasan itu.

Mengambil contoh aktiviti Penggerak Komuniti Negara dilaksanak­an di sekitar kawasan

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Pantai, bantuan berkala diberikan kepada penduduk kurang berkemampu­an.

Bukan sekadar memberi bantuan, mereka juga mendengar dan mengambil peduli isu dihadapi penduduk setempat untuk diajukan kepada pihak berwajib.

Sungguhpun tidak mendapat liputan meluas, aktiviti khidmat masyarakat dijalankan memberi sedikit kelegaan kepada golongan miskin bandar yang rata-rata bergantung kepada gaji minimum ataupun gaji harian.

Barangan seperti makanan, keperluan asas dan pelbagai bantuan diberikan sudah cukup menggembir­akan, terutama apabila berdepan situasi ekonomi tidak menentu yang memberikan impak besar kepada mereka.

Sebagai pertubuhan berasaskan komuniti, Penggerak Komuniti

Negara juga menjalanka­n aktiviti pemberdaya­an komuniti setempat seperti usaha memperting­katkan kesedaran sivik, pemerkasaa­n ekonomi, amalan kebersihan setempat dan program lain bagi meningkatk­an kualiti hidup masyarakat.

Meskipun banyak aktiviti sosial dilaksanak­an, terdapat beberapa pihak mengkritik penubuhan Penggerak Komuniti Negara atas persepsi ia bersifat politikal.

Namun, apa yang terbukti kini, pertubuhan ini membantu sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman politik, warna kulit dan agama. Dengan rangkaian meluas, bantuan dan sokongan kepada rakyat kurang berkemampu­an diberikan di seluruh negara.

Peranan dimainkan harus diberi pujian dan penubuhan NGO seperti ini wajar digalakkan demi membantu rakyat Malaysia, khususnya kepada mereka yang sedang mengalami kesukaran.

Pertubuhan ini juga menjadi penyambung lidah rakyat, iaitu segala permasalah­an dihadapi dapat disalurkan kepada agensi atau pihak berkuasa yang betul, tanpa kerenah birokrasi yang menyusahka­n.

Hasilnya pelbagai masalah dihadapi rakyat dapat diselesaik­an, khususnya berkenaan isu komuniti, perkara berkaitan kerajaan tempatan dan isu perumahan.

Sudah pasti kita mahukan pada masa akan datang, Penggerak Komuniti Negara menjadi pertubuhan yang sentiasa berkhidmat untuk memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia