Berita Harian

Usah mudah rasa selesa penurunan jangkitan COVID-19

- Muhammad Haikal Mustaffa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sejak dunia dilanda pandemik COVID-19, jumlah kes jangkitan dikesan mencecah 6 juta, dengan lebih 300,00 kematian direkodkan.

Hampir seluruh negara mengambil keputusan melaksanak­an sekatan pergerakan demi menangani penularan wabak.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan virus itu tidak akan hilang, tetapi tidak mustahil untuk kita menangani penularann­ya melalui langkah berjaga-jaga.

Malaysia sendiri memutuskan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei lalu.

Saban hari kita semakin hampir dengan kemenangan menangani penularan wabak COVID-19 dan statistik kes merekodkan prestasi yang cukup baik buat negara.

Namun bak kata pakar motivasi: “Kalau kita inginkan kemenangan, buat betul-betul jangan pandang rendah dengan kedudukan kita sekarang”.

Dalam erti kata lain kita tidak boleh selesa dengan kedudukan sekarang, sebaliknya perlu sentiasa berusaha mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Penurunan kes COVID-19 satu kejayaan buat Malaysia, malah negara dinobatkan terbaik pada kedudukan ke-4 daripada 105 negara menangani wabak pandemik COVID-19.

Di sebalik penurunan jumlah kes jangkitan masyarakat seharusnya tidak ambil mudah risiko penularan COVID-19. Langkah berjaga-jaga sepanjang PKPB dengan mengikut SOP ditetapkan masih dituntut.

Walaupun dipuji negara luar, kita tetap harus berwaspada kerana kes sentiasa ada setiap hari. Menyedihka­n apabila ada segelintir yang masih ingkar PKPB, dengan berfikir negara kini dalam kedudukan selesa disebabkan penurunan jumlah kes direkodkan.

Ada yang bermain futsal, berhimpun dan sebagainya tanpa menghirauk­an SOP ditetapkan.

Ingatlah, masyarakat harus sedar kelonggara­n ketika PKPB bukan bermakna kita bebas untuk keluar rumah dengan bergerak ke sana ke sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia