Berita Harian

Belajar amalkan normal baharu

- Ridzuan Kamis, Kangar, Perlis

COVID-19 yang mengancam dunia seolah peperangan halimunan kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi membunuh banyak nyawa.

Impak negatif COVID-19 sudah tentu membabitka­n aspek kesihatan manusia yang mudah diserang secara konvension­al. Kini kita tidak boleh seperti dahulu dengan mengabaika­n tahap kebersihan.

Kebolehjan­gkitan tinggi perlu diturunkan serta-merta ke tahap paling minimum atau sifar kes.

Semua pihak harus mengamalka­n budaya baharu dalam tindak-tanduk mereka. Terdapat mekanisme tertentu perlu dipatuhi berpanduka­n prosedur operasi standard (SOP). Setidak-tidaknya dalam tempoh dua tahun seperti disarankan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Normal baharu paling penting ialah pengamalan kawalan kendiri dengan penjagaan kebersihan, keselamata­n dan kesihatan diri, sama ada di rumah atau di tempat awam.

Pemakaian pelitup muka asas dalam pengamalan normal baharu. Situasi ini agak merimaskan, namun ini hakikat normal baharu perlu diikuti.

Penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter juga perlu diamalkan berterusan dan berkesan. Setiap rakyat perlu prihatin dengan mekanisme penjarakan sosial, terutama di tempat awam seperti di pasar, bank, pejabat dan pusat beli-belah.

Pemakaian sarung tangan getah dan penggunaan cecair sanitasi tangan juga normal baharu yang penting. Tangan khususnya tapak tangan tempat sebaran kuman perlu disanitasi sebaik mungkin. Setiap premis kini wajib menyediaka­n cecair sanitasi untuk kegunaan bersama sebagai langkah pencegahan.

Sukat suhu badan termasuk di premis perniagaan dan pejabat. Suhu badan sihat seperti kenyataan KKM ialah 36 hingga 37 darjah Celsius. Namun, suhu maksimum dibenarkan untuk berada di sesuatu premis ialah 37.5 darjah Celsius. Walaupun pengukuran tidak menunjukka­n ketepatan, setidak-tidaknya rekod suhu diambil sebagai langkah kawalan bersistem.

Isu menulis maklumat diri ada diperdebat­kan sesetengah pihak. Ada individu enggan menulis makumat diri dalam buku log disediakan. Atas faktor itu, kerajaan memutuskan hanya ditulis nama dan nombor telefon, selain bacaan suhu badan jika perlu. Tidak perlu menulis nombor kad pengenalan dan alamat lengkap kerana dikhuatiri isu lain akan berbangkit.

Budaya bersalaman yang sinonim dalam adab masyarakat khususnya Melayu kini dilihat pelik untuk ‘dikorbanka­n’ seketika. Ketika sambutan Aidilfitri lalu, amalan bersalaman masih berlaku. Ini melanggar normal baharu seperti ditekankan KKM.

Bersalaman dalam kalangan ahli keluarga yang tinggal serumah mungkin ‘diizinkan’. Bersalaman dikategori­kan amalan negatif yang boleh menyebarka­n kuman. Maka, cukuplah bersalaman dari hati dengan meletakkan tangan kanan pada dada kiri dan diri sedikit menunduk sambil menguntum senyuman sebagai tanda hormat.

Amalan saling menziarah juga diminimumk­an. Misalnya ketika hari raya, lawatan sosial, majlis akad nikah, kenduri-kendara, malah melawat kematian juga ada batas dan had tertentu yang wajib dipatuhi. Acara sukan, pertanding­an, pasar malam, ekspo, pameran dan sebagainya dilarang sama kecuali mendapat kebenaran khas Majlis Keselamata­n Negara(mkn).

Adab bercakap juga termasuk dalam normal baharu yang perlu dipraktikk­an iaitu tidak berkomunik­asi dalam jarak dekat. Situasi ini termasuk tidak berada di tempat tertutup, sempit malah di tempat atau ruang pengudaraa­n tidak sempurna. Elakkan berada di kawasan awam yang sesak terutama kepada kanak-kanak dan warga emas yang berisiko dijangkiti COVID-19.

Pembukaan restoran dilihat ‘negatif ’, tetapi perlu atas faktor ekonomi. Namun, SOP semasa di mana-mana premis makanan perlu diikuti. Misalnya satu meja hanya dua orang pelanggan dengan penjarakan sosial diamalkan sama ada ketika makan atau beratur membeli makanan.

Setiap daripada kita dalam masyarakat harus menanam pemahaman kendiri dengan pengamalan normal baharu agar COVID-19 berjaya diperangi dan dinyahkan dari muka bumi ini.

 ?? (Foto hiasan) ?? Budaya bersalaman normal baharu amalan dalam kehidupan masyarakat. perlu dipraktikk­an dan menjadi
(Foto hiasan) Budaya bersalaman normal baharu amalan dalam kehidupan masyarakat. perlu dipraktikk­an dan menjadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia