Berita Harian

Perlis tambah bilangan jemaah

Selangor lanjut tangguh solat berjemaah sehingga 30 Jun

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman dan Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Arau: Bermula Jumaat ini, kerajaan Perlis membenarka­n tambahan jemaah solat Jumaat dan fardu di semua masjid di negeri itu.

Bagi solat Jumaat, jumlah jemaah dibenarkan ialah 30 manakala solat fardu yang sebelum ini dihadkan kepada imam, bilal dan siak masjid, ditambah kepada 12 orang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, bertitah jumlah itu mungkin ditambah dari semasa ke semasa selepas menerima nasihat daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan-nya, maka bumi Perlis yang dikasihi masih kekal Zon Hijau (COVID-19) dengan jumlah kes tidak melebihi 20 dan kes terakhir yang dimasukkan ke wad adalah pada 7 April lalu,” titahnya.

Baginda bertitah perkara itu diperkenan­kan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullai­l atas dasar keprihatin­an terhadap soal pelaksanaa­n syiar dan syariat berserta dengan maqasid agama dalam menjaga nyawa dan kesihatan.

“Kebenaran tambahan juga diberikan kepada dua pegawai polis maksimum untuk turut serta berjemaah sekiranya keadaan terkawal,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n

Istana Arau, semalam.

Baginda bertitah, bagi menentukan jemaah terpilih menunaikan solat di masjid, Jawatankua­sa Kariah Masjid diberikan kebenaran untuk melaksanak­an mekanisme pemilihan jemaah dengan mengambil kira faktor tertentu.

Di Shah Alam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, menitahkan penangguha­n solat Jumaat serta solat lima waktu berjemaah di surau dan masjid untuk orang awam di negeri itu, dilanjutka­n sehingga 30 Jun ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataann­ya, memaklumka­n larangan mengerjaka­n solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah di masjid dan surau itu adalah satu keputusan yang amat sukar dan berat bagi baginda untuk memutuskan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia