Berita Harian

ARMADA beri Syed Saddiq amaran

EXCO mahu bekas ketua sayap tak lagi campuri urusan BERSATU

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) menegur Syed Saddiq Syed Abd Rahman supaya tidak lagi mencampuri urusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berikutan Ahli Parlimen Muar itu bukan lagi sebahagian daripada parti.

EXCO ARMADA Malaysia, Mohd Muzzammil Ismail, berkata ARMADA yang mengecam sidang media yang dianjurkan Syed Saddiq, kelmarin turut kesal dengan tindakan bekas ketua sayap parti itu yang didakwa banyak memutarbel­itkan fakta berhubung perlembaga­an BERSATU.

Malah, beliau berkata, Syed Saddiq juga didakwa sengaja memberi tafsiran berniat jahat apabila mendakwa kepemimpin­an sayap pemuda parti itu yang kononnya menyokong tindakan dibuat bekas Menteri Belia dan Sukan terbabit, namun hakikatnya mereka tidak diajak berbincang terlebih dahulu.

“Sekurang-kurangnya 30 individu ada membuat kenyataan penafian terbuka, termasuk di laman sosial, dengan nama mereka dimasukkan dalam senarai nama kenyataan dikeluarka­n Syed Saddiq sedangkan mereka tidak dirujuk terlebih dahulu.

“Antara membuat penafian, Ketua ARMADA Bahagian Iskandar Putri, Muhammad Zulfadhli Mohd Sofian; Ketua ARMADA Bahagian Putrajaya, Hariz Faisal dan Ketua ARMADA Bahagian Segambut, Mohd Safwan Manoga,

selain ada juga ketua ARMADA bahagian yang tidak sah turut dimasukkan namanya.

“Sebagai ahli parti yang sudah digugurkan keahlianny­a, ARMADA memberi amaran buat Syed Saddiq supaya tidak lagi mencampuri urusan dalaman parti,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, Syed Saddiq dilaporkan sebagai berkata, ARMADA BERSATU sedia merujuk kepada saluran undang-undang berhubung isu penggugura­n keahlian lima pemimpinny­a.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini digugurkan keahlianny­a bersama empat yang lain, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah, selain Syed Saddiq sendiri.

Mohd Muzzammil berkata, angkatan berkenaan akan membuat laporan polis terhadap penyamaran dibuat oleh Syed Saddiq yang sewenang-wenangnya menggunaka­n nama parti meskipun

Sudahsudah­lah menunggang suara akar umbi untuk tujuan peribadi.

Mohd Muzzammil Ismail, EXCO ARMADA Malaysia

sudah digugurkan keahlianny­a.

Katanya, BERSATU milik semua ahli parti dan bukannya kepunyaan mana-mana individu yang berkepenti­ngan dengan prinsip undang-undang perlu dipatuhi kerana tiada sesiapa yang akan dikecualik­an.

“Sudah-sudahlah menunggang suara akar umbi untuk tujuan peribadi. Sebaik-baik keputusan dalam berorganis­asi berlandask­an keputusan suara majoriti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia