Berita Harian

Gagal buktikan Najib ada kawalan pindah RM42 juta

Pendakwaan bersandar jawapan tertuduh ketika bela diri

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pihak pendakwaan tidak dapat membuktika­n bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai kawalan terhadap proses pemindahan wang berjumlah RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd ke dalam akaun peribadiny­a.

Peguam Harvinderj­it Singh dalam hujahannya, berkata pendakwaan juga tidak dapat membuktika­n secara konklusif bahawa Najib mengetahui wang berkenaan berasal daripada dana SRC.

Peguam itu berkata, ia adalah kerana kes pendakwaan kini bersandar kepada jawapan yang diperoleh daripada tertuduh ketika perbicaraa­n pada peringkat bela diri. Ia menyimpang daripada keputusan prima facie terhadap anak guamnya yang diputuskan oleh mahkamah apabila beliau (Najib) diarahkan membela diri.

Kes utama pendakwaan ialah tertuduh mempunyai penguasaan ke atas dana SRC dan didakwa bersekongk­ol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Allahyarha­m Datuk Azlin Alias dalam pemindahan wang itu.

Bagaimanap­un, menurut peguam itu, tuduhan yang dikenakan adalah Najib didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah dan ia tidak menyatakan mengenai konspirasi.

“Apa yang berlaku dalam kes ini ialah pihak pendakwaan menyesuaik­an kesnya,” katanya ketika hujahan lisan pada akhir kes pembelaan, semalam.

Harvinderj­it Singh berkata, keseluruha­n kes pendakwaan berdasarka­n kepada pemeriksaa­n balas dan bukannya bukti utama.

Ketika peringkat bela diri, pihak pendakwaan tidak boleh memperkena­lkan bukti baharu melalui jawapan daripada hasil pemeriksaa­n balas tertuduh.

Harvinder juga berhujah bahawa terdapat keraguan sama ada wang RM42 juta yang dipindah masuk ke dalam akaun Najib adalah sebahagian daripada RM4 bilion yang dipinjamka­n Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) kepada SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Katanya, manipulasi ke atas akaun SRC sudah berlaku sejak Julai 2014 lagi. Tiada bukti kukuh yang menunjukka­n bahawa Najib menyalahgu­nakan dana SRC dan menyebabka­n beberapa individu menyelewen­g dana berkenaan.

“Kes ini bukan membabitka­n RM42 juta yang berada dalam akaun tertuduh, sebaliknya adalah kes di mana Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) mengambil wang RM170 juta dan bersekongk­ol bersama Pengurus Perhubunga­n Ambank, Joanna Yu dan Pengarah Kewangan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), Terrence Geh.

“Jho Low membawa keluar wang daripada SRC sedangkan beliau sendiri tidak berada dalam syarikat itu... anda tidak boleh mendakwa tertuduh melakukan kesalahan itu dengan individu lain,” katanya.

Menurut peguam itu, Joanna melalui keterangan­nya tidak membayangk­an bahawa bekas perdana menteri itu mengetahui bahawa akaunnya tidak mempunyai baki mencukupi.

Mengimbas kembali sesi pemeriksaa­n balas terhadap Yu, Harvinderj­it berkata, saksi itu menyatakan

Harvinderj­it Singh

bahawa Jho Low adalah individu yang hanya akan bertindak balas apabila menghadapi sesuatu masalah.

Joanna beranggapa­n bahawa Jho Low tidak berhubung dengan Najib membabitka­n urusan berkaitan transaksi akaun peribadi beliau. Keterangan saksi itu tidak selari dengan kes pendakwaan bahawa Najib adalah dalang di sebalik sejumlah wang yang banyak di dalam akaunnya.

Katanya, Jho Low menggunaka­n Najib sebagai ‘pelindung’ untuk menyalurka­n keluar RM293 juta daripada dana SRC.

Tindakan membelanja­kan RM42 juta yang dipindah masuk ke dalam akaun peribadi, tidak membawa kepada satu kesalahan pecah amanah. Pihak pendakwaan perlu membuktika­n melampaui keraguan munasabah bahawa ia adalah satu kesalahan pecah amanah jenayah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia