Berita Harian

Sindiket PATI kaut RM5.43J

-

Johor Bahru: Polis mendedahka­n sindiket penyeludup­an pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini mengaut hasil lumayan sehingga RM5.43 juta hanya dalam tempoh dua tahun lima bulan aktif beroperasi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pendapatan lumayan berkenaan menyebabka­n sindiket penyeludup­an PATI yang didalangi rakyat tempatan dan Indonesia terus berani mencabar undang-undang dan kedaulatan negara.

Katanya, pendapatan lumayan sindiket penyeludup­an PATI itu terbongkar dalam siri operasi dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor dan 7 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Johor antara 19 Mei hingga kelmarin.

“Dalam operasi pertama dilancar 7 Briged ATM Johor pada 25 Mei lalu di Ladang Sungai Tengah dan Ladang Tembikai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi membawa kepada penahanan 17 PATI Indonesia berusia antara 22 hingga 41 tahun yang cuba menyusup keluar dari negara ini.

“Satu lagi operasi susulan dilakukan pada 26 Mei lalu di gugusan FELDA Adela, Kota Tinggi, hasil soal siasat dijalankan JSJ Johor yang membawa penangkapa­n tiga tekong membabitka­n seorang rakyat tempatan dan dua warga Indonesia berusia antara 30 hingga 52 tahun selain tujuh imigran warga Indonesia berusia antara 19 hingga 38 tahun.

“Seorang tekong warga Indonesia dari Lombok yang berusia 47 tahun turut mengakui beliau menyeludup kira-kira 250 PATI setiap bulan dengan bayaran RM750 seorang sejak 2018 lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Ayob Khan berkata, pihaknya menahan seramai 82 tekong dan 149 PATI sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyeludup­an PATI boleh menghubung­i Bilik Gerakan Kontinjen Johor di 07-2254074.

Ayob Khan Mydin Pitchay

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia