Berita Harian

Pegawai polis bakal graduan pertama PHD dalam Sastera

Roslan jadikan OUM universiti pilihan

-

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, petugas barisan hadapan dilihat sebagai wira sejati negara.

Tidak kira kakitangan kesihatan, anggota keselamata­n dan kakitangan awam, mereka sanggup mengambil risiko bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi daripada pandemik yang merbahaya ini.

Asisten Superinten­dan (ASP) Mohd Roslan Mohd Tahir, 52, yang bertugas sebagai Ketua Balai Polis Nusa Bestari, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, adalah antara 11,000 pegawai polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamata­n seluruh rakyat negeri Johor, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an pada 18 Mac lalu.

Beliau yang juga pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PHD) (Sastera) di Open University Malaysia (OUM), berkata sebelum ini, menjalanka­n tugas pentadbira­n di dalam balai seperti menguruska­n hal ehwal kakitangan, mengawal jenayah, di samping menjaga hubungan baik dengan masyarakat.

“Bagaimanap­un, COVID-19 mengubah rutin kerja saya. Di samping tugasan harian, saya juga bekerjasam­a dengan pegawai lain untuk melakukan sekatan jalan raya dan memantau hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin untuk wabak ini,” katanya.

Walau sesukar manapun tugas dipikul, Mohd Roslan tidak pernah mengeluh, malah sanggup berkorban bagi memikul semua amanah dan tanggungja­wab diberikan.

Sejak mendaftar di OUM pada 2016, Mohd Roslan sudah terbiasa melakukan beberapa kerja dalam satu masa kerana pengalaman bekerja sambil belajar yang dipraktikk­an di OUM.

Penat lelah berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur bagi menghadiri seminar dan bertemu dengan penasihat akademikny­a, kini bapa kepada empat cahaya mata ini boleh tersenyum lebar kerana hampir menamatkan pengajian selepas tesisnya selesai.

“Saya bangga kerana saya adalah pelajar pertama dalam program ini yang lulus ‘viva voce’ yang dijalankan pada awal Februari lalu,” katanya.

Roslan berkata, cadangan penyelidik­annya diharap dapat membantu menyumbang sesuatu yang bermakna kepada kerjaya dan Jabatan polis amnya.

“OUM menjadi universiti pilihan saya kerana sistem pembelajar­annya fleksibel dan mesra pelajar, manakala yuran berpatutan,” katanya.

Anak jati kelahiran Temerloh ini menyedari tugasnya sebagai Penguasa Polis menjadi lebih kritikal dalam menangani penyebaran wabak ini.

Biarpun sibuk bertugas, beliau mengakui tidak sabar bergelar graduan pertama PHD (Sastera) dari OUM.

Ijazah (PHD) (Sastera) yang ditawarkan oleh Kluster Pendidikan dan Sains Sosial adalah unik kerana ia merangkumi tujuh disiplin utama, iaitu Pengajian Islam, Kaunseling, Psikologi, Komunikasi, Sejarah, Sains Politik dan Pengajian Inggeris.

Program ini menarik minat pelajar dari pelbagai latar belakang termasuk usahawan, pegawai penguatkua­sa undang-undang dan pemimpin korporat.

“Saya berharap usaha saya ini akan membuahkan hasil untuk memajukan kerjaya saya manakala ilmu yang diperoleh ini akan saya gunakan untuk membantu pasukan polis dalam menjaga keamanan negara,” katanya.

Bagi mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut program ditawarkan, sila hubungi 03-7801 2000 / 012-303 9935 / 019-357 9074 / 019-266 8234, e-mel enquiries@oum.edu.my atau layari www.oum.edu.my.

 ??  ?? Mohd Roslan berkorban pikul amanah dan tanggungja­wab.
Mohd Roslan berkorban pikul amanah dan tanggungja­wab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia