Berita Harian

Minta kerjasama periksa persekitar­an

Sarang tebuan sebabkan kematian Nur Nazihah dimusnah malam kelmarin

- Oleh Rosli Ilham bhnews@bh.com.my

Dungun: Kematian Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, yang disengat tebuan kelmarin adalah korban kes kedua berlaku terhadap kanak-kanak di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah, berkata kes pertama berlaku pada Ogos 2017 membabitka­n kematian dua beradik.

“Dua kes (kematian) berlaku di Dungun babitkan kematian tiga kanak-kanak. Kejadian sebelum ini dilaporkan berlaku pada 8 Ogos 2017 mengorbank­an Iffah Darwisha Abdul Wahab, 3, dan kakaknya, Irdina Batrisyia, 8.

“Kedua-dua beradik itu diserang ratusan tebuan ketika bermain di hadapan rumah mereka di Kampung Batu Tiong, jam 6.30 petang.

“Bagaimanap­un, Iffah Darwisha disahkan meninggal dunia pada malam itu ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun,” katanya.

Katanya, kakak mangsa, Irdina Batrisyia yang kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu pula meninggal dunia dua hari selepas kejadian berkenaan.

“Selain kes kematian dua beradik terbabit, kes sengatan tebuan itu turut mengorbank­an seorang mandor ladang Risda, Mohd Taufik Jusoh, 26.

“Kejadian itu berlaku pada Mei 2011. Mangsa diserang tebuan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ladang Risda Kampung Sedang, jam 8.30 pagi,” katanya.

Baharudin berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Batu 48 itu disengat di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dan meninggal dua jam kemudian.

Katanya, umum menyedari bahaya serangan tebuan dan kerjasama semua pihak amat penting bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Kita mohon kerjasama ibu bapa ambil perhatian serius dengan mengawasi anak mereka setiap masa.

“Lebih baik sekiranya kita sentiasa membuat pemeriksaa­n persekitar­an kediaman dan kawasan semak berhampira­n rumah dan segera lapor kepada pihak berkuasa sekiranya terjumpa dengan sarang tebuan,” katanya.

Sementara itu, sarang tebuan yang menyebabka­n Nur Nazihah maut disengat tebuan terbabit, dimusnahka­n malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Paka, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Rezuan Adnan, berkata kerja-kerja memusnahka­n sarang tebuan terbabit dilakukan, jam 10 malam.

Kita mohon kerjasama ibu bapa ambil perhatian serius dengan mengawasi anak mereka setiap masa.

Baharudin Abdullah , Ketua Polis Daerah Dungun

Katanya, empat anggota ditugaskan menjalanka­n kerja pemusnahan terbabit dan dilakukan pada waktu malam, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Sebelum itu kita telah menjalanka­n siasatan di sekitar kawasan kejadian dan mendapati hanya terdapat satu sarang tebuan di situ dan telah kita musnahkann­ya,” katanya yang turut menyertai operasi itu.

Mohd Rezuan berkata, pihaknya turut bersedih dengan kejadian yang menimpa Nur Nazihah dan mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa. "Kami bersimpati dan sedih kerana kejadian yang menimpa adik Nur Nazihah dan kes ini adalah kes pertama di Paka yang membawa kematian," katanya.

Katanya, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, pihaknya memusnahka­n lima sarang tebuan.

“Tahun lalu, kita memusnahka­n 16 sarang manakala 25 sarang dimusnahka­n pada tahun 2018.

“Kita minta orang ramai segera melaporkan kepada pihak Bomba apabila terjumpa dengan sarang tebuan bagi memudahkan pihak kami bertindak dengan pantas,” katanya.

 ?? (Foto Rosli Ilham/bh) ?? malam kelmarin. Anggota bomba memusnahka­n sarang tebuan di FELDA Kerteh 4, Dungun,
(Foto Rosli Ilham/bh) malam kelmarin. Anggota bomba memusnahka­n sarang tebuan di FELDA Kerteh 4, Dungun,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia