Berita Harian

POPULAR lanjut kempen beri peluang pelanggan menderma

-

Kuala Lumpur: Buat julung kalinya rangkaian kedai buku Popular Book Co (M) Sdn Bhd (POPULAR) melancarka­n kempen RAYA@POPULAR yang bermula 24 Mei, iaitu 1 Syawal lalu hingga 28 Jun depan.

Ia kesinambun­gan daripada kempen RAMADAN@POPULAR yang menyasarka­n setiap lapisan masyarakat untuk terus membudayak­an amalan membaca buku ilmiah, sekali gus menggalakk­an mereka membantu golongan memerlukan.

Kempen ini hadir tepat pada masanya ketika Aidilfitri tahun ini yang disambut serba sederhana dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanak­an dengan kebanyakan masyarakat terus digalakkan berada di rumah.

Justeru, dengan lanjutan kempen memasuki tempoh satu dekad penganjura­nnya itu, ia memberi peluang kepada pelanggan setia POPULAR membeli buku sambil menderma dan boleh mewakafkan naskhah al-quran dan terjemahan kepada rumah kebajikan terpilih.

Penolong Pengurus Perdaganga­n POPULAR, Azrina Azmi, berkata kempen bertemakan ‘Membaca: Beribadah Sambil Beramal’ itu masih mengekalka­n konsep promosi dengan 10 peratus daripada hasil jualan akan didermakan kepada 10 rumah anak yatim terpilih.

“Terdapat banyak tawaran menarik sepanjang kempen RAYA@POPULAR, iaitu pelanggan akan menerima rebat 10 peratus bagi setiap judul naskhah terpilih.

“Mereka yang berminat untuk mewakafkan al-quran dan naskhah terjemahan kepada rumah kebajikan juga boleh melaksanak­annya melalui kaunter bayaran di kaunter cawangan kedai buku POPULAR dan HARRIS di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Azrina berkata, kempen RAYA@POPULAR ini membabitka­n 12 penerbit, sekali gus memberi lebih pilihan kepada pembaca untuk mendapatka­n naskhah ilmiah berkualiti.

“Antara penerbit buku mengambil bahagian dalam kempen ini ialah Galeri Ilmu, Pustaka Sri Saujana, Telaga Biru, Maghfirah Pustaka dan Must Read.

“Ia membabitka­n pelbagai pilihan buku terbitan terkini dan naskhah malar segar yang pasti sesuai untuk semua golongan masyarakat.

“Antara kategori atau tema buku yang diketengah­kan termasuk berkaitan Rasul dan Nabi, ibadat umrah serta haji, pengisian Syawal dan komik,” katanya.

Beliau berkata, ketika PKPB ini, pembaca turut digalak melakukan pembelian dalam talian di laman web POPULAR iaitu www.popularonl­ine.com.my.

Di samping itu, pelanggan dengan pembelian bernilai RM30 dan ke atas diberikan hadiah percuma, iaitu naskhah surah Yasin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia