Berita Harian

JOM KAWAL BERAT BADAN KETIKA SYAWAL!

- – Oleh Muhammad Azif Azizi Bin Md Noh, Dietitian, Hospital PUSRAWI, KL

“ALAMAK! Berat badan aku naik mendadak masa hari raya ni.” Rungut Rashid kepada Adli. Itu lah senario perbualan yang kita akan dengar bila dah hari raya, sia-sia je turun berat badan masa bulan Ramadhan tapi masuk je bulan Syawal makan tak ingat dunia. Mana tak nya, hidangan di Hari Raya Aidilfitri seperti Ketupat, Lemang, Rendang, Dodol dan Aneka Biskut Raya sudah menjadi hidangan kewajipan yang kita tahu mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Bukannya tidak boleh makan, sebenarnya boleh makan tetapi perlu bersederha­na.

Sebagai tips bagi mengawal berat badan dan pemakanan sihat di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kita boleh amalkan adalah:

1. Kawal porsi/jumlah hidangan. (Makan dalam kuantiti yang sedikit atau sederhana atau mengimplem­entasikan konsep Pinggan Sihat Malaysia #Sukusukuse­paruh)

2. Pilih jenis makanan yang rendah kalori. (Pilih makanan rendah lemak, rendah gula, sayursayur­an dan buah-buahan).

3. Pilih makanan tinggi serat. (Seperti makanan bijirin penuh, sayur-sayuran dan buahbuahan yang boleh memberi rasa kenyang tahan lebih lama dan dapat mengawal nafsu makan agar tidak makan secara berlebihan).

4. Mengehadka­n makanan tinggi gula dan lemak seperti contoh biskut, kuih dan dodol.

5. Pilih buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6. Mengehadka­n pengambila­n makanan yang tinggi garam contohnya seperti kerepek, seperti sedia maklum makanan tinggi garam adalah tidak sesuai kepada individu yang mempunyai penyakit darah tinggi. 7. Gantikan minuman berkarbona­t dengan minum air kosong, yang sudah pasti dapat mengurangk­an pengambila­n kalori berlebihan.

Satu lagi kebiasaan di bulan Syawal adalah, sudah puas beraya di kampung, apalagi aktiviti Rumah Terbuka atau “Open House” sudah menjadi kebiasaan. Jadi, “Tuan Rumah” akan memasak perlbagai makanan dan juadah untuk para tetamu yang akan datang kerumah. “Tuan Rumah” pun boleh memainkan peranan penting untuk “MENGAWAL” tetamu makan sihat secara tak langsung. Contoh yang boleh diikuti adalah:

1. Menyediaka­n atau masak makanan dalam porsi yang kecil, seperti contoh potong ayam atau daging dalam porsi yang kecil, ini akan menggalakk­an tetamu untuk makan dalam porsi yang kecil dan sederhana.

2. Buang lebihan kulit dan lemak ayam, daging.

3. Kurangkan penggunaan santan dan minyak, boleh gantikan santan dengan susu rendah lemak dalam masakan.

4. Menggantik­an cara memasak tinggi lemak kepada cara masak yang lebih sihat seperti bakar, gril dan sup seperti soto ayam, nasi ayam, laksa dan mihun sup.

5. Menghidang­kan pelbagai jenis buah-buahan dan sayursayur­an.

6. Asingkan gula untuk bancuhan kopi/ teh, hal ini memberikan pilihan kepada tetamu untuk bancuhan gula dalam minuman.

7. Menyediaka­n pilihan air kosong kepada tetamu.

8. Kurangkan penggunaan gula dan marjerin dalam penyediaan biskut, kek dan pencuci mulut.

Ingat ya, selepas ni tak adalah dengar rungutan berat badan naik berganda-ganda atau baju raya yang baru beli dah tak muat dipakai dan kita boleh kekal slim dan cantik walaupun selepas musim perayaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia