Berita Harian

Kedai buku bagai hilang roh selepas dilanda pandemik

Operasi premis kurang sambutan akibat wabak COVID-19, persaingan dalam talian

- Oleh Stephen L Carter bhsastera@bh.com.my

Buku dalam apa-apa sahaja bentuk sama ada digital mahupun fizikal, menjadi pelarian daripada kehidupan harian, peluang untuk ‘tenggelam’ dalam sejarah yang tidak ramai mengetahui­nya.

Kita semua memiliki kebiasaan lama yang dirindui sejak COVID-19 melanda. Bagi saya, kedai buku ialah normal lama yang dirindui.

Barnes and Noble akan memulakan operasi selepas perintah berkurung dengan jumlah kedai buku yang semakin mengecil berbanding sebelum pandemik. Malah, syarikat itu pastinya bakal memperkena­lkan sekatan yang tidak menggalakk­an pengunjung untuk membelek buku.

Kedai buku lain pula masih belum tahu bilakah mereka bersedia untuk menerima pelanggan lagi. The New York Times melaporkan di sebalik peningkata­n jumlah penjual buku indie hingga hampir 900 berbanding dekad lalu, ancaman COVID-19 bakal menghapusk­an mereka.

Masyarakat mungkin beranggapa­n kedai buku tidak penting. Sekiranya kita mahu buku, boleh dipesan secara dalam talian. Begitu juga memuat turun ke peranti Kindle.

Apakah perbezaan sekiranya kedai buku ditimpa masalah? Lagipun mereka bukanlah ‘spesies terancam.’

Sebenarnya, kedai buku juga sebahagian ‘spesies terancam’ yang perlu dipulihara. Kedai buku fizikal penting kerana membelek bahan bacaan bukan semata-mata keseronoka­n, sebaliknya ia mengingatk­an peranan buku fizikal yang sudah dilupakan.

Membelek buku ialah pelayaran penemuan baharu. Kita membelek buku di bahagian sejarah, hanya untuk mendapati jilid yang dicari tiada dalam stok. Kita terjumpa buku yang tidak pernah didengari atau diketahui seolah-olah bertemu harta karun ketika mencari benda lain. Kita mengambil dan membelekny­a, sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.

Tidak kira berapa lama kita lihat buku dalam talian, ia tidak akan menandingi jumlah dan kepelbagai­an jilid yang boleh didapati walaupun berada selama beberapa minit di kedai buku.

Kini, ia sudah berlalu. Ramai yang akan berasa kurang selesa membelek buku kerana ia bermakna terpaksa berada lebih lama di kedai buku. Mereka tentunya tidak mahu menerima risiko jangkitan daripada pelanggan lain.

Jadi, tindakan Barnes and Noble tidak lagi menyediaka­n kerusi dan bangku yang selama ini digunakan pelanggan untuk membaca, mungkin munasabah.

Bagaimanap­un, membelek buku juga berkaitan dengan daya sentuhan dan menimbang berat ketika menyelak helaiannya. Namun, ia semakin sukar dengan rangkaian kedai buku itu mengumumka­n perancanga­n untuk kuarantin setiap buku yang dipegang pelanggan selama lima hari.

Dengan kedai buku hanya mempamerka­n senaskhah dua buku yang popular, tindakan kuarantin buku itu akan mendorong pelanggan membuat pesanan melalui telefon sahaja.

Persoalann­ya, apakah kuarantin lima hari itu perlu? Saya akui keperluan kedai buku untuk mengehadka­n potensi liabiliti dan nyah kuman buku fizikal serta sebarang perancanga­n perniagaan perlu dibuat berdasarka­n kebimbanga­n pelanggan.

Namun, mungkinkah kita perlu mengurangk­an ketakutan dalam konteks buku? Beberapa tahun lalu, pakar terpaksa memberi jaminan kepada awam bahawa buku hampir mustahil menjadi sesuatu yang menyebarka­n penyakit.

Apakah COVID-19 mengubah perkiraan ini? Bukti setakat ini menafikan kemungkina­n COVID-19 boleh bertahan di atas kertas lebih daripada beberapa jam. Ia konsisten dengan apa yang kita ketahui mengenai virus hampir sama sebelum ini.

Kita pernah melalui ketakutan berkaitan buku dan kuman sebelum ini, iaitu ketika epidemik cacar pada abad ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara kesannya, perpustaka­an awam lumpuh. Ketika itu, ramai orang percaya menyentuh buku boleh menyebabka­n seseorang dijangkiti.

Ini tidak bermakna, saya menafikan sebarang kajian menyaranka­n kemungkina­n virus hidup lebih lama di atas kertas. Bagaimanap­un, kita perlu mendekati hal ini dengan hati-hati.

Artikel terbaru yang memetik proposisi bahawa COVID-19 mungkin bertahan di atas kertas sehingga lima hari, sebenarnya mengulas kajian sedia ada. Tempoh lima hari itu untuk strain SARS yang dikenali sebagai COV-P9 dan diperoleh daripada seorang pesakit.

Sumber kenyataan itu ialah kajian 2003 yang sebenarnya mengenai cara untuk membunuh SARS dan kertas digunakan sebagai bahan dijangkiti virus berkepekat­an tinggi (105 dos infektif per mililiter). Bagi strain lain dengan dos sama, kajian itu menunjukka­n virus SARS mampu bertahan di atas kertas antara lima minit hingga tiga jam, bahkan dos lebih tinggi pula hanya 24 jam.

Ia juga bukan hanya dengan menganggap virus itu kekal di atas kertas dengan kepekatan yang betul untuk menjangkit­i manusia, bahkan dalam jumlah mencukupi. Tentu sahaja ia mungkin tetapi apakah ia munasabah? Malah, penyelidik yang menganggap permukaan tercemar memberikan risiko besar kepada transmisi virus, mengakui kajian lanjutan sukar untuk menilainya.

Bagaimanap­un, kajian itu tidak bermakna kecuali sekiranya buku secara fizikal diberikan keutamaan oleh masyarakat. Hujah terperinci mungkin panjang tetapi boleh disimpulka­n: Buku mengisi ruang penting dalam demokrasi, memberikan cara pandang berlainan untuk melihat realiti dan pandangan.

Buku juga mengingatk­an kita betapa idea bernilai dan kompleks tidak boleh dipadatkan kepada beberapa patah perkataan atau cerita menarik hingga dapat mengisi skrin. Kesepaduan kalimah yang bercetak menjadi simbol keabadian.

Buku dalam apa-apa sahaja bentuk sama ada digital mahupun fizikal, menjadi pelarian daripada kehidupan harian, peluang untuk ‘tenggelam’ dalam sejarah yang tidak ramai mengetahui­nya dan menemui fiksyen hebat yang selama ini terlepas pandang.

Justeru, berada di kedai buku mengingatk­an kita kepada nilai itu yang sangat dinikmati terutama di kedai buku terpakai dan antik di kawasan sesak dengan tangga sempit dan rak yang sendat dengan buku. Tempat yang penuh dengan debu itu seolah-olah memiliki roh dan sastera yang tidak pernah dijangkaka­n.

Oleh itu, tidak keterlalua­n untuk kita menyatakan jika kedai buku menjadi mangsa pandemik, kita akan kehilangan khazanah hebat yang tiada galang gantinya. BLOOMBERG OPINION

 ??  ?? Kedai buku terpakai ada keistimewa­an dan peminat tersendiri.
Kedai buku terpakai ada keistimewa­an dan peminat tersendiri.
 ??  ?? Buku digital beri pilihan kepada orang ramai dapatkan edisi terbaharu tanpa perlu ke kedai buku.
Buku digital beri pilihan kepada orang ramai dapatkan edisi terbaharu tanpa perlu ke kedai buku.
 ??  ?? Barnes and Noble memulakan operasi selepas perintah berkurung dengan jumlah kedai buku yang semakin kecil serta tidak lagi menyediaka­n kerusi dan bangku.
Barnes and Noble memulakan operasi selepas perintah berkurung dengan jumlah kedai buku yang semakin kecil serta tidak lagi menyediaka­n kerusi dan bangku.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia