Berita Harian

Hayati #Kitamestim­enang dalam semua aspek kehidupan

-

Ketibaan Syawal membawa makna kemenangan yang wajar dihayati. Jika tanda pagar #Kitamestim­enang menjadi trending dalam mengumpul semangat bersama-sama melawan COVID-19, tanda pagar ini juga sesuai dipinjam untuk menghayati erti kemenangan dalam menunaikan ketaatan.

Sesuai kedatangan Syawal selepas sebulan umat Islam berpuasa, ia detik meraikan kemenangan berganda. Menang dalam menjalani ibadat sepanjang Ramadan dan menang mengurangk­an angka COVID-19 di negara ini.

Lebih penting #Kitamestim­enang bukan sahaja menyuntik semangat dan motivasi untuk tidak mudah menyerah kalah dan leka dalam penjagaan kesihatan, bahkan menimbulka­n kesedaran agar saling bertanggun­gjawab bagi memastikan kelangsung­an kesejahter­aan hidup serta menang dalam ketaatan beragama.

Kita perlu terus menang dalam melaksanak­an pelbagai bentuk kebaikan, amal soleh dan ibadat. Alangkah baiknya jika tanda pagar itu tidak hanya tersemat dalam hati pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebaliknya dalam keseluruha­n aspek kehidupan termasuk menang dalam menguasai diri daripada penularan virus nafsu buruk dan amalan negatif.

Kegembiraa­n yang disambut juga ialah gambaran kemenangan kita. Rasulullah SAW bersabda: Bagi orang berpuasa itu, dua kegembiraa­n: Gembira ketika berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya. (HR Muslim)

Kegembiraa­n ialah natijah bagi mereka yang menang bukan orang kalah. Ia menunjukka­n hakikat kemenangan bersifat duniawi dan ukhrawi. Kita mesti menang duniawi apabila gembira ketika berbuka dan berhari raya kerana berjaya dalam menjalani ibadat pada Ramadan dengan penuh ketaatan.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya taat melawan pelbagai bentuk hawa nafsu buruk seperti iri hati, hasad dengki, buruk sangka dan menyebarka­n fitnah.

Malah, mengawal diri dengan tidak melakukan pelbagai kesalahan ingkar PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang ditetapkan pihak berkuasa untuk menjaga kepentinga­n awam yang utama, iaitu nyawa juga kemenangan.

Hakikat kemenangan kedua bersifat ukhrawi, iaitu melalui ketaatan yang meningkatk­an ketakwaan akan memberikan kegembiraa­n ketika kita bertemu dengan Yang Maha Pencipta kelak. Inilah kemenangan besar disebut sebagai mencapai ketakwaan seperti diungkapka­n oleh al-mulla al-qari dalam Marqatul Mafatih Syarh Misykatil Mashabih.

Allah SWT berfirman: Iaitu orang beriman dan mereka sentiasa bertakwa. Bagi mereka, berita gembira dalam kehidupan di dunia dan (kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah (janji) Allah. Yang demikian itu ialah kemenangan besar. (Yunus: 62-63)

Bentuk keistimewa­an diberi pada hari kemenangan dan fitrah setelah diampunkan dosa mereka berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitunga­n untuk mendapatka­n keampunan-nya meliputi seperti mengagungk­an dan mensyukuri nikmat Allah SWT dengan bacaan takbir dan tahmid bermula pada malam hari raya.

Bukti kemenangan juga adalah dengan istiqamah dalam beramal soleh menunaikan puasa sunat enam hari pada Syawal.

Abu Ayyub RA meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. (HR Muslim)

Berpuasa selama enam hari hingga diberikan balasan ganjaran ibarat berpuasa selama setahun menggambar­kan Allah SWT amat menyukai amalan kebaikan dilakukan dengan berterusan walaupun sedikit. Kejayaan menguasai diri untuk kebaikan itulah hakikat kemenangan.

Namun, ia tidak akan berhasil tanpa sedikit pengorbana­n. Mengorbank­an keinginan untuk makan minum lazat seperti kebiasaan dilalui.

Firman Allah SWT: Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah seperti diperintah­kan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka. (Al-syura: 15)

Sheikh Ibnu Rajab al-hanbali al-baghdadi dalam Lataif al-minan menyatakan hari raya bukan hanya dengan memakai pakaian baharu, sebaliknya bertambah ketaatan kepada Allah SWT.

Justeru, ketakwaan ialah kata kunci disebut tidak kurang daripada 200 kali dalam al-quran ialah sasaran utama mencapai makna sebenar kemenangan.

Bayangkanl­ah hasil sebenar diperoleh daripada kejayaan meneruskan kemenangan akan menyuntik semangat kita untuk terus berkorban untuk melawan penularan COVID-19 dan sama-sama berkorban mengekang hawa nafsu daripada sifat mazmumah dan kekal menang melalui sifat menguasai diri dengan istiqamah.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk tidak memutuskan rantaian amal soleh dan kebiasaan amalan positif menjaga kebersihan serta kesihatan diri agar usaha ini benar-benar berjaya menjadi normal dan kelaziman baharu kita semua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia