Berita Harian

Sektor pembuatan tunjuk tanda pemulihan

-

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia untuk Mei 2020 naik dengan ketara kepada 45.6 berbanding rekod terendah 31.3 pada April 2020.

PMI keseluruha­n IHS Markit adalah petunjuk tunggal komposit prestasi sektor pembuatan.

IHS Markit berkata, sektor pembuatan Malaysia menunjukka­n tanda menghampir­i kestabilan pada pertengaha­n suku kedua, dengan kadar penguranga­n output, tempahan baharu dan pekerjaan semuanya mencatatka­n penurunan.

Ketua Ahli Ekonomi Perniagaan­nya, Chris Williamson, berkata kenaikan PMI yang kukuh itu memberikan petunjuk utama pertama bahawa kemerosota­n ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 kelihatan sudah berkuranga­n.

“Walaupun aktiviti pembuatan terus jatuh pada kadar ‘curam’ pada Mei lalu, penurunan pengeluara­n dan kontrak tempahan adalah kurang teruk berbanding pada April,” katanya.

Jika tiada gelombang jangkitan kedua, Williamson berpendapa­t bahawa bulan akan datang akan menyaksika­n sekurangku­rangnya tanda penstabila­n memandangk­an sekatan untuk membendung virus secara beransur-ansur mula dilonggark­an di dalam negara dan di pasaran eksport.

“Walaupun kita mungkin dapat melihat kembali pertumbuha­n ketika memasuki suku ketiga, ia masih kelihatan seperti pemulihan pengeluara­n prawabak dan tahap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menjadi panjang dan perlahan.

“Permintaan eksport, khususnya, kelihatan lemah untuk beberapa tempoh waktu kerana sekatan COVID-19 pasti akan tetap berlaku dan terus menjejaska­n kegiatan ekonomi di seluruh dunia,” katanya.

Menurut IHS Markit, di sebalik kenaikan bulanan yang besar ditunjukka­n dalam angka Mei lalu, namun bacaan 45.6 itu masih di bawah paras neutral 50.0, justeru masih menunjukka­n kemerosota­n dalam sektor pembuatan

Data tinjauan terbaharu itu menunjukka­n penurunan dalam pengeluara­n pembuatan di seluruh Malaysia, walaupun kadar penguncupa­nnya berkuranga­n dengan ketara sejak April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia