Berita Harian

Fitch Ratings turunkan penarafan bank ASEAN

Langkah susulan peningkata­n kemeleseta­n ekonomi dicetus COVID-19

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Peningkata­n risiko kewangan yang didepani bank di ASEAN susulan penularan COVID-19 menyebabka­n penurunan penarafan kredit, kata Fitch Ratings.

Agensi penarafan terkemuka global itu dalam satu kenyataan berkata, ia sudah menurunkan penarafan kemungkira­n penerbit (IDR) institusi perbankan di ASEAN sekitar 20 peratus sejak awal Mac lalu.

Langkah Fitch Ratings itu adalah susulan peningkata­n risiko ketara bank di ASEAN di tengah-tengah kemeleseta­n ekonomi yang dicetuskan oleh COVID-19.

Menurut Fitch Ratings, penarafan yang dilaksanak­annya sepanjang masa itu, bagaimanap­un tidak menghalang agensi itu terus menurunkan penarafan jika metrik utama tidak dinilai kembali ke tahap yang sesuai pada tahap lebih tinggi dalam tempoh dua tahun.

“Kami mengemukak­an penarafan kira-kira 80 peratus portfolio bank ASEAN dalam tempoh ini dengan 41 peratus daripadany­a membabitka­n unjuran menurun, sama ada dinilai semula kepada negatif atau dari positif kepada stabil,” katanya dalam laporan khas yang diterbitka­n semalam.

Menurut laporan khas Fitch Ratings, ia kini memiliki sekitar 30 peratus daripada institusi perbankan ASEAN dengan unjuran negatif atau pemerhatia­n penarafan negatif.

“Terdapat perbezaan dari segi penyebab ke atas perubahan penarafan dan unjuran,” katanya.

Menurut agensi penarafan itu, hampir dua pertiga daripada penilaian penarafan didorong sokongan daripada syarikat induk asing terutama di Indonesia atau pihak berkuasa yang relevan berbanding profil kredit intrinsik.

“Langkah penarafan kami adalah mengikut tindakan hutang kerajaan. Sebagai contoh, baru-baru ini kami menilai semula unjuran penarafan hutang kerajaan Filipina, Thailand dan Vietnam dari stabil kepada positif, manakala Malaysia dari stabil kepada negatif.

“Terdapat juga perubahan pada Penarafan Daya Maju (VR) bank, yang mana perubahann­ya dipacu oleh IDR,” katanya.

Fitch Ratings berkata, VR didorong oleh persekitar­an operasi yang lemah dan kemerosota­n profil kewangan bank terutama kualiti aset dan pendapatan serta keuntungan.

“Fitch Ratings menurun penarafan persekitar­an operasi bagi pasaran perbankan ASEAN yang dinilai kami kecuali Singapura yang masih berada pada unjuran negatif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia