Berita Harian

Jualan asing saham tempatan mengecil

-

Jualan asing saham tempatan di Bursa Malaysia mengecil kepada RM663.8 juta minggu lalu daripada RM714.7 juta pada minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Research.

Firma penyelidik­an itu dalam laporan aliran dana mingguanny­a berkata, bagi jumlah keseluruha­n untuk bulan Mei ini, pelabur asing menjual bersih RM3 bilion.

Penganalis­isnya, Adam M Rahim, berkata ia menjadikan­nya aliran bersih asing bulanan kedua tertinggi setakat ini selepas bulan Mac lalu.

Beliau berkata, aliran keluar bersih asing dari Malaysia sejak awal tahun ke hari ini (semalam) adalah sebanyak RM13.3 bilion.

Namun, katanya ia masih aliran keluar asing ketiga terkecil di antara tujuh pasaran yang dipantau MIDF Research di Asia.

“Sebaik Bursa Malaysia dibuka kembali dari cuti hujung minggu yang panjang, pelabur antarabang­sa menjual bersih RM362.5 juta saham tempatan pada Rabu.

“Ini adalah aliran keluar asing tertinggi dalam sehari sejak pertengaha­n Mac 2020,” katanya.

Namun demikian, Adam berkata, pelabur institusi runcit dan tempatan juga menjual ekuiti tempatan dengan jumlah lebih daripada RM100 juta bersih dengan minat yang kuat di kaunter sarung tangan getah, sekali gus mendorong bursa tempatan melonjak satu peratus lebih tinggi pada hari sama.

Katanya, pelabur luar pesisir meneruskan penjualan pada Khamis lalu tetapi pada kadar lebih perlahan iaitu sebanyak RM227.1 juta bersih.

“Risiko terhadap sentimen pada hari itu didorong oleh rali semalaman Wall Street yang menyaksika­n Dow Jones melonjak 553 mata dengan meningkatn­ya keyakinan bahawa pihak berkuasa global mengambil langkah untuk meningkatk­an ekonomi.

“Sebagai contoh, Suruhanjay­a Eropah mencadangk­an pakej rangsangan AS$826 bilion (RM3.58 trilion) untuk membantu pemulihan daripada kelembapan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19,” katanya.

Adam berkata, penjualan bersih asing pada Jumaat turun ke paras di bawah RM100 juta pada RM74.2 juta ketika nada positif meningkat bagi ekonomi di Asia untuk dibuka secara beransur-ansur daripada perintah berkurung skibat COVID-19.

Katanya, barometer saham tempatan mengikuti sama untuk ditutup satu peratus lebih tinggi pada 1,473.3 mata, penutupan tertinggi dalam lebih daripada sebulan.

“Dari segi penyertaan, hanya pelabur asing yang merekodkan peningkata­n mingguan yang besar dalam nilai purata perdaganga­n harian mereka (ADTV) sehingga mencecah RM3.5 bilion.

“Ini adalah ADTV mingguan terbesar sejak minggu yang berakhir pada 1 Jun 2018,” katanya.

Pelabur luar pesisir meneruskan penjualan pada Khamis lalu tetapi pada kadar lebih perlahan.

Adam M Rahim, Penganalis­is MIDF Research

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia