Berita Harian

OPEC+ mahu lanjut penguranga­n bekalan

Langkah jangka pendek, tak ganggu keseimbang­an pasaran minyak

-

London: OPEC+, akan membincang­kan lanjutan penguranga­n bekalan jangka pendek dan mempertimb­angkan untuk mengadakan pertemuan semula Khamis ini, kata seorang perwakilan.

Pengeluar minyak bersekutu Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) itu sedang mempertimb­angkan untuk melanjutka­n pemotongan semasa selama satu hingga tiga bulan, kata perwakilan berkenaan.

Katanya, oleh kerana keadaan pasaran minyak ketika ini bergerak pantas, pilihan yang ada adalah mengambil langkah jangka pendek dan tidak mengganggu keseimbang­an pasaran.

Kesepakata­n yang ada ketika ini mula dikaji semula pada April, disebabkan kejatuhan harga dan kekurangan permintaan disebabkan COVID-19, sekali gus menuntut penguranga­n pengeluara­n mulai Julai.

Namun, perkara itu akan bergantung kepada mesyuarat yang bakal berlangsun­g akan datang.

Russia mahu mengurangk­an bekalan mulai Julai, kata pihak yang rapat dengan perkara itu minggu lalu.

Harga minyak mulai naik berikutan penguranga­n pengeluara­n dengan peningkata­n permintaan yang lebih tinggi dari yang dijangkaka­n.

Bagaimanap­un, dengan langkah penutupan dan kawalan di seluruh dunia, kebimbanga­n mengenai gelombang kedua COVID-19, mengancam unjuran pemulihan harga minyak.

Pada AS$35 setong, harga minyak berada di bawah paras yang diperlukan oleh kebanyakan pengeluar untuk menyokong perbelanja­an kerajaan.

Minyak mentah Texas Intermedia­te dan Brent, penanda aras global, meningkat lebih rendah dalam dagangan Asia semalam dengan tunjuk perasaan di AS turut mengurangk­an sentimen risiko.

Tarikh mesyuarat OPEC+, yang akan diadakan melalui persidanga­n video, masih belum dapat disahkan pada Ahad, setelah pihak yang mengetahui situasi itu mengatakan bahawa anggota OPEC hampir mencapai persetujua­n untuk membawanya ke hadapan pada Khamis ini.

Tarikh mesyuarat lebih awal akan memberi lebih banyak kemudahan kepada pengeluar minyak untuk mengubah paras pengeluara­n semasanya.

Anggota OPEC biasanya memu- tuskan rancangan mereka menghantar minyak kepada pelanggan untuk Julai pada minggu pertama Jun, menjadikan mesyuarat yang lebih awal akan memberikan mereka lebih banyak masa untuk bertindak balas.

Menteri Tenaga Algeria, Mohamed Arkab, yang memegang jawatan Presiden mencadangk­an tarikh mesyuarat pada 4 Jun, bukannya 9 hingga 10 Jun.

Gabungan OPEC+ dari 23 negara yang dipimpin oleh Arab Saudi dan Russia menjalanka­n pemotongan pengeluara­n minyak untuk meningkatk­an harga.

Pada mesyuarat itu nanti, ia akan memutuskan sama ada akan mengekalka­n perjanjian yang ada, atau memanjangk­an pemotongan semasa.

OPEC dan rakan sekutu sepakat mengurangk­an pengeluara­n sebanyak 9.7 juta tong sehari, atau sekitar 10 peratus daripada bekalan global, pada Mei dan Jun.

Di samping itu, Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuat pemotongan sukarela lebih banyak sekitar 1.2 juta tong sehari pada Jun, menjadikan jumlah pemotongan OPEC+ hampir 11 juta tong sehari. BLOOMBERG

 ?? (Foto AFP) ?? OPEC dan rakan sekutu sepakat mengurangk­an pengeluara­n 9.7 juta tong sehari pada Mei dan Jun.
(Foto AFP) OPEC dan rakan sekutu sepakat mengurangk­an pengeluara­n 9.7 juta tong sehari pada Mei dan Jun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia