Berita Harian

FBM KLCI menokok 16.89 mata

Gelombang trend serantau bantu bursa tempatan ditutup tinggi

-

Bursa Malaysia memanfaatk­an gelombang trend serantau untuk ditutup tinggi semalam disokong oleh kaunter berkaitan indeks dan prestasi baik daripada pengeluar berasaskan getah, kata peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.89 mata kepada 1,490.14 daripada 1,473.25 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks yang dibuka tinggi 1.61 mata kepada 1,474.86 pagi semalam, berada antara 1,473.55 dan 1,492.55 sepanjang hari.

Suasana pasaran secara keseluruha­nnya bagaimanap­un negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 574 berbanding 511, manakala 343 kaunter tidak berubah, 440 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10.3 bilion saham bernilai RM6.73 bilion daripada 9.04 bilion saham bernilai RM9.31 bilion pada Jumaat lalu.

Wakil Aminvestme­nt Bank, Joshua Ng, berkata FBM KLCI menyaksika­n penarafan semula sektor sarung tangan peralatan perlindung­an yang tinggi baru-baru ini (kini dengan 9.0 peratus wajaran dalam FBM KLCI).

“Ini berikutan permintaan tinggi untuk peralatan perlindung­an diri berikutan COVID-19 dan ia dijangka berterusan selepas pandemik berikutan kesedaran dan amalan kebersihan tinggi daripada seluruh penduduk dunia,” katanya dalam nota semalam.

Aminvestme­nt Bank berkata, pengukuhan mudah tunai domestik didorong oleh sentimen risiko pada peringkat global daripada pakej rangsangan monetari dan fiskal yang besar yang disediakan oleh bank pusat dan kerajaan di seluruh dunia.

Mengenai Rizab Persekutua­n AS (Fed), rangsangan monetari yang dijanjikan adalah ‘tidak terhad’.

Faktor lain termasuk keyakinan mengenai pembukaan semula ekonomi dan pembanguna­n vaksin COVID-19 serta realiti bahawa aset bebas risiko seperti tunai dan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) hampir tidak menjana sebarang hasil disesuaika­n dengan inflasi yang positif berikutan beberapa penguranga­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia kepada paras yang kali terakhir dilihat ketika krisis kewangan global pada 2008/2009.

Pada peringkat serantau, Nikkei Jepun meningkat 1.21 peratus kepada 22,142.6, Hang Seng Hong Kong naik 3.06 peratus kepada 23,664.71 dan Straits Times Singapura menambah 2.04 peratus kepada 2,561.89.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga meningkat 64 sen kepada RM11.90, IHH Healthcare naik 13 sen kepada RM5.56 dan Hartalega menambah 64 sen kepada RM13.18.

Sementara itu, Maybank susut dua sen kepada RM7.48 dan Public Bank merosot lapan sen kepada RM14.58.

Daripada saham aktif, K-one naik 12.5 sen kepada 44.5 sen, BCM Alliance meningkat 13 sen kepada 35.5 sen, LKL Internatio­nal menambah 29.5 sen kepada 85 sen, KNM Group menokok 3.5 sen dan Nexgram naik satu sen kepada 2.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 83 mata kepada 10,463.85, Indeks FBMT 100 meningkat 85.5 mata kepada 10,398.71, Indeks FBM Emas Shariah menambah 199.42 mata kepada 12,224.64, FBM ACE melonjak 311.51 mata kepada 5,931.32 manakala FBM 70 susut 23.49 mata kepada 13,171.71.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n menambah 36.96 mata kepada 6,822.13, manakala Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 59.45 mata kepada 12,423.29 serta Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an berkuranga­n 0.34 mata kepada 129.72.

Jumlah dagangan Pasaran Utama

berkuranga­n kepada 4.88 bilion saham bernilai RM4.71 bilion daripada 5.64 bilion saham bernilai RM8.20 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 592.96 juta unit bernilai RM206.25 juta daripada 563.18 juta unit bernilai RM175.79 juta pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 4.82 bilion saham bernilai RM1.81 juta daripada 2.83 bilion saham bernilai RM930.71 juta sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 796.59 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (791.95 juta), pembinaan (368.5 juta), teknologi (448.28 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (76.61 juta), hartanah (320.82 juta), perladanga­n (142.28 juta), REIT (7.89 juta), dana tertutup (25,800), tenaga (1.34 bilion), penjagaan kesihatan (132.09 juta), telekomuni­kasi dan media (210.23 juta), pengangkut­an dan logistik (186.98 juta) dan utiliti (60.22 juta). BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia