Berita Harian

Protes di luar Rumah Putih

Polis lepaskan tembakan gas pemedih mata, AS laksana perintah berkurung

-

Washington: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas kumpulan penunjuk perasaan antiperkau­man berhimpun di luar Rumah Putih bagi membantah kekejaman pihak berkuasa itu dengan beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) melaksanak­an perintah berkurung.

Pertempura­n ganas berlaku di taman bersebelah­an Rumah Putih apabila pihak berkuasa menggunaka­n gas pemedih mata, penyembur lada hitam dan bom cahaya bagi menyuraika­n penunjuk perasaan.

Beberapa pemimpin tempatan merayu kepada penduduk bagi meredakan kemarahan mereka susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd ketika berada dalam tahanan polis di Minneapoli­s, manakala perintah berkurung dilaksanak­an pada waktu malam di beberapa bandar, termasuk Washington, Los Angeles dan Houston.

Datuk Bandar Washington turut mengarahka­n perintah berkurung dilaksanak­an bermula jam 11 malam hingga 6 pagi dengan New York Times melaporkan anggota Perkhidmat­an Rahsia terpaksa membawa Presiden AS, Donald Trump berlindung di dalam bilik kebal di bawah Rumah Putih ketika tunjuk perasaan bermula pada Jumaat lalu.

Datuk Bandar Atlanta, Keisha Lance Bottoms, berkata kenyataan Trump yang sering mengarahka­n polis menggunaka­n taktik lebih keras tidak membantu dalam menyelesai­kan masalah terbabit.

“Kita kini berada di kemuncak daripada luar kebiasaan dan retorik (Trump) hanya akan menyalakan lagi api kemarahan,” katanya.

Pesaing Trump bagi pilihan raya Presiden November ini, Joe Biden, turut melawat lokasi penunjuk perasaan.

“Kita sebagai sebuah negara dalam keadaan terluka ketika ini, tetapi kita tidak boleh membenarka­n luka itu memusnahka­n negara ini,” katanya.

Ratusan Pengawal Nasional dan polis dikerah bagi menyuraika­n penunjuk perasaan.

Jabatan Pertahanan dilaporkan berkata, kira-kira 5,000 anggota Pengawal Nasional dikerah ke 15 negeri termasuk di Washington selain 2,000 lagi dalam keadaan bersiap sedia bagi mengawal keadaan.

Protes besar-besaran turut berlaku di New York dan Miami.

Dengan pentadbira­n Trump menggelar rusuhan yang memasuki hari keenam itu sebagai pengganas domestik, konfrontas­i antara penunjuk perasaan dan pasukan polis terus berlaku.

“Kami ada anak lelaki berkulit hitam, adik beradik berkulit hitam, rakan berkulit hitam, kami tidak mahu mereka mati. Kami sudah bosan dengan keadaan ini, generasi sekarang tidak lagi boleh menerima keadaan ini. Kami sudah letih ditindas,” kata Muna Abdi, wanita berkulit hitam berusia 31 tahun yang menyertai protes terbabit.

 ??  ??
 ?? (Foto AFP) ?? Polis melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di hadapan Rumah Putih, kelmarin.
(Foto AFP) Polis melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di hadapan Rumah Putih, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia