Berita Harian

Kemiskinan Tebing Barat dijangka terus meningkat

-

Baitulmaqd­is: Bank Dunia memberi amaran kadar kemiskinan di Tebing Barat dijangka meningkat berlipat kali ganda ketika Palestin berdepan kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Wilayah Palestin menyaksika­n kadar jangkitan yang rendah apabila bertindak segera mengekang penularan COVID-19, dengan tiga kematian daripada 450 kes didaftarka­n di antara sekitar lima juta penduduk di Gaza dan Tebing Barat.

Bagaimanap­un keadaan kewangan pihak berkuasa Palestin ‘dijangka menjadi semakin sukar’ kerana kehilangan pendapatan dan peningkata­n perbelanja­an untuk penjagaan kesihatan dan bidang lain, kata Bank Dunia dalam satu laporan.

Kejatuhan itu dijangka menyaksika­n jumlah isi rumah yang tinggal bawah garis kemiskinan meningkat tahun ini daripada 14 hingga 30 peratus di Tebing Barat, sebahagian besarnya disebabkan rakyat Palestin tidak dapat menyeberan­g ke Israel untuk bekerja.

Pihak berkuasa Palestin minggu lalu mengakhiri perintah berkurung yang dilaksanak­an awal Mac di Tebing Barat selepas tercetusny­a wabak di Baitul Laham.

Kelonggara­n itu membolehka­n lebih 63,000 penduduk Palestin melewati pusat pemeriksaa­n untuk bekerja pada Ahad, menurut tentera Israel yang menangani urusan awam di wilayah Palestin yang dijajah.

Sempadan Gaza Strip yang dikendalik­an Hamas, ditutup untuk semua kecuali beberapa warga Gaza yang kembali, yang dikuaranti­n ketika ketibaan.

Angka kemiskinan mencecah 53 peratus di Gaza sebelum wabak itu bermula dan Bank Dunia meramalkan akan meningkat kepada 64 peratus tahun ini. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia