Berita Harian

Desak G7 pantau situasi di Hong Kong

Tujuh bekas Menteri Luar UK dakwa Beijing ingkar jaminan kuasa autonomi

-

London: Tujuh bekas Menteri Luar United Kingdom (UK) menggesa Perdana Menteri, Boris Johnson supaya mendorong sekutu Kumpulan Tujuh (G7) menubuhkan Badan Pemantau Antarabang­sa Hong Kong sebagai tindak balas terhadap Beijing yang melakukan kawalan ketat ke atas bandar berkenaan.

Gesaan itu dibuat Malcolm Rifkind, Margaret Beckett, William Hague, Jeremy Hunt, David Miliband, David Owen dan Jack Straw dalam satu kenyataan yang mahu Johnson mengambil tindakan proaktif berhubung isu terbabit.

“UK harus dilihat mengetuai dan mengatur tindak balas antarabang­sa terhadap krisis terbabit.

“Johnson perlu mendorong sekutu G7 supaya menubuhkan kumpulan perhubunga­n antarabang­sa secara rasmi serta berunding dengan beberapa rakan antarabang­sa lain bagi memantau situasi di Hong Kong,” menurut kenyataan itu.

Mereka turut mencadangk­an, badan antarabang­sa yang akan ditubuhkan itu boleh mengguna pakai model perhubunga­n antarabang­sa yang ditubuhkan secara bersama oleh Amerika Syarikat (AS), UK, Perancis, Jerman, Itali dan Russia dalam menangani krisis di Balkan pada awal 1990-an.

Dalam pada itu, mereka mendakwa Beijing melanggar perjanjian 1984 yang mana republik terbabit menjamin kebebasan dan kuasa autonomi Hong Kong selama 50 tahun selepas penyerahan semula kepada China.

G7 dilaporkan akan mengadakan sidang kemuncakny­a bulan depan, bagaimanap­un Presiden AS, Donald Trump mengesahka­n sidang terbabit ditangguhk­an ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Setakat ini, tiada konsensus dalam kalangan G7 berhubung tindak balas terhadap Beijing dalam isu membabitka­n Hong Kong.

China sebelum ini mengumumka­n akan melakukan kawalan keselamata­n lebih ketat ke atas Hong Kong yang terkenal sebagai hab kewangan sehingga menimbulka­n kemarahan dalam kalangan kuasa barat. AFP

UK harus dilihat mengetuai dan mengatur tindak balas antarabang­sa terhadap krisis terbabit.

Kenyataan 7 bekas Menteri Luar UK

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia