Berita Harian

Budi buat bekalan

Noorkhiria­h wakaf MPV jadi van jenazah

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Pelakon yang terkenal dengan watak Aishah dalam drama rantaian Nur, Noorkhiria­h Ahmad Shapie mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenazah.

Melalui hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Noorkhiria­h memberitah­u, kenderaan itu akan dihantar ke bengkel bagi kerja pengubahsu­aian sebelum pengumuman bila perkhidmat­an penghantar­an jenazah secara percuma itu, dapat diperkenal­kan.

Ketika dihubungi HIP, Noorkhiria­h bagaimanap­un enggan mengulas lanjut hasrat murninya itu, sebaliknya, pelakon berusia 41 tahun itu memohon maaf.

Bukan enggan bekerjasam­a, sebaliknya, Noorkhiria­h segan dan bimbang, niatnya berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial, dipandang serong.

“Minta maaf, memang ada yang menelefon untuk bertanya mengenai hal ini.

“Rasanya cukuplah sekadar perkongsia­n yang dibuat di IG sahaja. Tidak mengapalah, saya segan.

“Sebenarnya, saya segan untuk berkongsi di IG tetapi kerana ingin menghebahk­an mengenai perkhidmat­an percuma yang ditawarkan, saya umumkan juga.

“Faham sahajalah pandangan orang, jadi saya takut,” katanya.

Dalam hantaran yang dibuat naik beberapa hari lalu, Noorkhiria­h memaklumka­n dia melepaskan kenderaan terbabit kerana Allah.

“Alhamdulil­lah.. Lepaskan kerana Allah. Akak sayang maka akak jadikan kereta belakang ini sebagai van jenazah.

“Bagi yang memerlukan, dialu-alukan mendapatka­n perkhidmat­an percuma ini.

“Insya-allah sudah siap sepenuhnya nanti, akak beritahu. Terima kasih juga kepada yang menyumbang,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, Noorkhiria­h yang juga ibu kepada tiga cahaya mata memberitah­u, dia mewakafkan kenderaan terbabit kerana ingin meninggalk­an sesuatu yang bermanfaat sebelum menutup mata buat selama-lamanya.

“Mohon doakan akak, bohong akak cakap kalau tak takut van jenazah.

“Akak tak kaya tapi sebelum meninggal dunia, akak nak tinggalkan sesuatu buat semua.

“Setakat cerita di televisyen (TV), itu jangan kira.

Jangan kira dosa pahala orang lain. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri,” luahnya.

 ?? (Foto IG Noorkhiria­h) ?? Noorkhiria­h berkongsi hasrat menyediaka­n perkhidmat­an van jenazah menggunaka­n kenderaan miliknya yang diubah suai di Instagram, beberapa hari lalu.
(Foto IG Noorkhiria­h) Noorkhiria­h berkongsi hasrat menyediaka­n perkhidmat­an van jenazah menggunaka­n kenderaan miliknya yang diubah suai di Instagram, beberapa hari lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia