Berita Harian

Kerana terkucil Bella kena kutuk lagi

-

Isu kemampuan vokal penyanyi ini bukan kali pertama diperkatak­an.

Setiap kali muncul dengan single baharu, ada saja kritikan dilemparka­n kepada Nabila Razali mengenai keupayaan vokal terutama ketika beraksi secara langsung.

Diuji lagi, ketika mendendang­kan single baharu, Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini pada program Meletop Mega Raya Ria sempena 1 Syawal, minggu lalu, Nabila ‘terkucil’.

Sebaik rakaman video menjadi viral, aksi Nabila yang membahasak­an diri sebagai Bella, terus menjadi buat mulut netizen.

Lama berdiam diri, Nabila akhirnya bersuara.

“Saya mohon maaf kerana mengecewak­an awak semua. Saya tidak meletakkan kesilapan ini kepada sesiapa, sebaliknya diri sendiri.

“Saya pasti akan memperbaik­i kelemahan. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Nabila turut mengucapka­n terima kasih kepada peminat yang cuba menenangka­nnya ketika diuji dan dikecam.

“Kepada mereka yang menghantar mesej langsung, Whatsapp dan menelefon untuk memberi semangat, terima kasih diucapkan kerana selalu ada bersama.

“Terima kasih kerana berkongsi cinta dan kasih sayang dengan saya.

“Memang itu yang saya perlukan ketika ini. Saya doakan yang baik juga untuk semua,” luahnya.

Lagu Peluang Kedua mencipta sejarah tersendiri apabila lirik video single berkenaan mencapai lima juta tontonan dalam tempoh sebulan di Youtube.

Malah, klip video itu menjadi tempat luahan perasaan apabila lebih 12,000 komen pendengar berkongsi kisah hidup atas isu ‘peluang kedua’.

Peluang Kedua mengisahka­n penyesalan ke atas kesilapan yang pernah dilakukan dalam sesebuah perhubunga­n dan mahu diberi sekali lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia