Berita Harian

Mamat Khalid nafi ingkar PKPB

-

Pengarah terkenal, Mamat Khalid menafikan dakwaan filem terbaharun­ya, Lockdown menjalani penggambar­an Ramadan lalu, sekali gus melanggar arahan larangan dikeluarka­n Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Mamat berkata, filem terbitan syarikatny­a, Enjit-enjit Semut menjalani penggambar­an sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an. Ketika ini, filem berkenaan dalam peringkat pos-produksi.

“Filem Lockdown arahan anak saya, Amin Khalid. Pada asalnya, judul filem, Benda Asing dan penggambar­annya dijalankan sebelum tempoh PKP.

“Bagaimanap­un, memandangk­an jalan cerita sesuai dengan situasi dialami hari ini, jadi judulnya ditukar kepada Lockdown.

“Sebaik sahaja filem ini selesai menjalani penggambar­an, PKP pun bermula.

“Jadi, kami menghabisk­an masa untuk menyiapkan proses suntingan dan sebagainya.

“Saya muat naik dalam laman sosial pada Ramadan lalu bertujuan untuk promosi awal, bukannya filem sedang menjalani penggambar­an,” katanya kepada HIP.

Pengarah filem Hantu Kak Limah itu memuat naik sedutan filem Lockdown dalam laman sosial, baru-baru ini.

Tindakan Mamat mengundang persoalan apabila ada yang menyangkak­an sengaja melanggar arahan yang tidak membenarka­n sebarang aktiviti penggambar­an.

Tambah Mamat, filem Lockdown menampilka­n pelakon, Wan Raja itu mengikut langkah filem arahannya, Manap Karaoke yang ditayangka­n di saluran Astro First.

“Kita tidak tahu sampai bila pandemik COVID-19 ini akan berakhir. Pawagam juga belum beroperasi hingga hari ini.

Jadi, daripada filem terbiar begitu sahaja, lebih baik saya tayang menerusi Astro First.

“Alhamdulil­lah, filem Manap Karaoke mendapat sambutan menggalakk­an.

Mungkin sebab orang ramai masih duduk di rumah, selain genre filem yang bersifat kekeluarga­an dan komedi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia