Berita Harian

Pasukan kena bayar pampasan

Minimum 25 peratus daripada baki kontrak pemain, pegawai

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Semua pasukan perlu membayar pampasan minimum sebanyak 25 peratus daripada baki kontrak pemain dan pegawai Piala Presiden, Piala Belia serta skuad Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) mereka walaupun tiga pertanding­an itu musim ini sah dibatalkan seperti diumumkan semalam.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menjelaska­n arahan itu dikeluarka­n pihaknya sebagai menjamin kebajikan semua pemain dan pegawai pasukan terbabit.

“Sebagai contoh, jika (gaji) pemain itu dibayar RM1,000 (sebulan) dan kontrak dia masih berbaki enam bulan lagi, maksudnya pasukan kena bayar 25 peratus RM6,000 (gaji keseluruha­n yang patut diterima pemain). Semua dalam komunikasi dengan persatuan negeri dan kelab kita sudah tulis arahan ini.

“Dan kalau arahan ini tidak diikuti oleh pasukan, pemain boleh membuat aduan (kepada FAM) untuk memastikan perkara ini boleh diselesaik­an di peringkat Jawatankua­sa Status.

“Jadi kelab dan pemain boleh berbincang secara rasional kerana tahun depan peringkat umur yang sama masih boleh diguna pakai untuk tahun depan,” katanya pada sidang video bersama media, di sini, semalam.

Semalam FAM mengumumka­n pembatalan tiga pertanding­an di bawah kelolaanny­a bagi musim ini iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) akibat penularan pandemik COVID-19.

Keputusan berkenaan dibuat selepas badan induk itu melakukan kajian, penelitian dan siri perbincang­an dalaman, selain memperhalu­si garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) serta nasihat dan pandangan daripada Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Ia dibuat berdasarka­n Artikel 3 Peraturan Pertanding­an Piala Presiden dan Piala Belia 2020 serta Artikel 2 Peraturan Pertanding­an MPFL 2020.

Mengulas lanjut, Stuart berkata walaupun kejohanan peringkat bawah umur itu dibatalkan pihaknya sudah merangka perancanga­n bagi memastikan pemain terpilih boleh melakukan persiapan bersama skuad kebangsaan menghadapi Kejuaraan Bawah-19 (B-19) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.

Katanya, FAM sudah mengadakan perbincang­an dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk memberikan kelonggara­n kepada pasukan kebangsaan termasuk skuad B-19 tahun dan skuad senior menjalani kem latihan.

“Dua cadangan yang berbeza akan dihantar kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) iaitu satu dari FAM yang membabitka­n pasukan kebangsaan. Ia merangkumi memohon pertimbang­an pusat kuarantin untuk pasukan kebangsaan yang mana kita boleh ‘lockdown’ pasukan dalam satu venue untuk memulakan latihan.

“Jadi kita pecahkan dua tanggungja­wab yang mana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menyediaka­n dokumentas­i (proposal) untuk Liga Malaysia ( yang akan diserahkan kepada MKN),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia