Berita Harian

Zii Jia kembali bersemanga­t, Reezal puas hati

-

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia mengakui hilang motivasi selepas hampir tiga bulan tidak dapat turun ke gelanggang menjalani latihan susulan pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, pemain berusia 22 tahun itu kembali bersemanga­t sebaik kerajaan memberi kelonggara­n khas kepada atlet di bawah program Road to Tokyo (RTT) untuk menjalani latihan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam.

“Sebelum ini saya sering bertanyaka­n kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan jurulatih bila kami boleh kembali berlatih selepas beberapa kali juga ditangguhk­an. Jadi, perkara itu membuatkan saya rasa kurang semangat dan hilang motivasi.

“Namun, semuanya berubah sebaik mendapat berita yang kami sudah boleh berlatih bermula hari ini (semalam) dan ini pastinya meningkatk­an semula motivasi saya,” kata Zii Jia yang melaporkan diri bagi menjalani kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara selama 30 hari, semalam.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 dan sandaran utama negara pada Sukan Olimpik Tokyo tahun depan itu, berkata walaupun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat namun ia bukan masalah besar buat dirinya.

“Sebagai pemain profesiona­l, kami perlu berkorban. Saya tidak kisah dengan SOP ketat yang dikenakan kerana ia adalah demi keselamata­n kami. Saya percaya pemain lain juga tidak kisah dan akan mematuhi setiap SOP yang ditetapkan oleh MSN (Majlis Sukan Negara) dan BAM. Apa yang paling penting adalah kami semua dapat kembali menjalani latihan,” katanya yang akan berlatih di bawah bimbingan ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpuas hati dengan proses pendaftara­n kemasukan pemain, jurulatih dan pegawai pada hari pertama kem latihan pusat program RTT di ABM Bukit Kiara, semalam.

“Jumlah atlet yang melaporkan diri pada hari ini (semalam) di ABM termasuk jurulatih, pegawai dan pegawai sokongan adalah seramai 38 orang (lapan atlet olimpik, satu atlet paralimpik dan sembilan rakan sepelatih),” katanya.

Reezal Merican berkata, selain skuad badminton negara yang mula menjalani latihan pusat di ABM, seramai 24 orang termasuk empat atlet dan empat rakan sepelatih turut melaporkan diri di Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi, semalam.

“Untuk Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil ia hanya akan bermula pada 8 Jun bagi memberikan sedikit ruang dan masa tambahan untuk proses sanitasi dan persiapan asrama dapat dibuat dengan lebih teratur dan komprehens­if ekoran penyerahan balik asrama di Casa 1 baru-baru ini,” katanya.

Reezal Merican turut memaklumka­n, semua yang terbabit dengan kem latihan pusat akan menjalani beberapa proses saringan sebaik melapor diri.

 ?? (Foto ihsan KBS) ?? Reezal Merican (kanan) berbual dengan Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Hann yang melaporkan diri di kem latihan pusat RTT di ABM Bukit Kiara, semalam.
(Foto ihsan KBS) Reezal Merican (kanan) berbual dengan Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Hann yang melaporkan diri di kem latihan pusat RTT di ABM Bukit Kiara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia