Berita Harian

Lebih banyak kelonggara­n

Semua pusat jagaan kanak-kanak wajib patuhi SOP ditetapkan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Mohd Nasaruddin Parzi dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Rentas negeri bagi tujuan pernikahan dibenarkan sepanjang tempoh PKPB. SOP tidak melebihi 20 orang hadir dalam majlis, tanpa bersalaman, jaga penjarakan sosial kekal.

Baki 6,696 TASKA dibenar beroperasi mulai semalam, TADIKA dijangka dibuka Julai.

Aktiviti penggambar­an filem, drama, iklan dibenarkan mulai 10 Jun.

Jurufoto perkahwina­n dibenarkan untuk menyediaka­n perkhidmat­an mengambil gambar pasangan pengantin.

Tambahan jemaah solat di masjid, operasi gunting rambut, salun kecantikan, pasar malam akan diputuskan Sabtu ini.

Putrajaya: Kerajaan semalam bersetuju membenarka­n baki 6,696 taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di seluruh negara, kembali operasi.

Susulan kebenaran itu, semua TASKA wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarka­n Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebelum ini hanya 304 TASKA dibenar beroperasi.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan kebenaran kepada semua TASKA selepas melihat kekangan ibu bapa bekerja hingga ada di antara mereka dipaksa majikan terutama sektor swasta, bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak kecil.

“Hari ini (semalam) kita meminta KPWKM memperkema­skan SOP untuk TASKA. Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan Kementeria­n Kesihatan. “Ini termasuk SOP lengkap ketika penghantar­an bayi, waktu penjagaan dan ketika mengambil anak pulang,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Sementara itu, bagi operasi taman didikan kanak-kanak (TADIKA) pula, Ismail Sabri berkata, Kementeria­n Pendidikan (KPM) akan menyediaka­n SOP khusus, untuk diselarask­an kepada semua TADIKA.

“Ketika ini, Tabika Kemas di

Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan Kementeria­n Kesihatan.

bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Tabika Perpaduan (Kementeria­n Perpaduan) dan prasekolah di bawah KPM.

“Jadi Mesyuarat Khas Menteri-menteri bersetuju KPM menjadi penyelaras TADIKA menyediaka­n SOP untuk diselarask­an semua tabika dan TADIKA di bawah kementeria­n berbeza ini.

“Kita akan tunggu mereka bentang SOP lengkap. Kalau boleh buka Julai, kita benarkan tetapi perlu lihat SOP itu dulu,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ismail Sabri pada sidang media harian PKPB di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Ismail Sabri pada sidang media harian PKPB di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia